Dah bersedia untuk ke Jepun? Pastikan anda tidak tertinggal apa-apa yang penting supaya anda dapat pengalaman terbaik sepanjang di Jepun dan elak KALUT.
Ini checklist wajib kalau nak enjoy dan tenang2 sepanjang di sana:
1) Passport
Pastikan passport anda masih sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh trip ya, risau tak lepas keluar Malaysia nanti. Pertama kali nak keluar negara dan tak tahu cara nak buat passport? Boleh baca di link https://jomjapan.com/articles/cara-buat-passport
2) Tiket penerbangan
Dah ada belum tu? Mesti la dah ada kan, haha.
Tapi pastikan juga waktu arrival & departure betul dan juga airport di mana.
Contoh di Tokyo ada 2 airport antarabangsa ye, Narita & Haneda, dan dua2 ni tak dekat ya, macam airport Subang & KLIA
https://jomjapan.com/articles/cara-tempah-tiket-penerbangan
3) Isi informasi di web VisitJapan
Jika dulu perlu isi borang, sekarang lebih mudah dengan web VisitJapan. Screenshot/save kod QR setelah selesai key in untuk ditunjukkan kepada imigresen dan kastam setelah sampai di airport di Jepun nanti. https://jomjapan.com/articles/cara-menggunakan-aplikasi-visit-japan
4) Insurans Perjalanan
Antara perkara paling wajib perlu ada. Nampak macam remeh, tapi kan lagi tenang kalau in case berlaku apa2 ada insurans yang boleh tolong cover rawatan di sana dan kos transfer ke Malaysia.
Rawatan di hospital Jepun dah la sangat mahal.
Sekurang-kurangnya ambil coverage RM 1 Juta untuk lebih selamat, dalam RM70++ per pax.
https://jomjapan.com/articles/insurans-perjalanan
5) Pocket Wifi/ Kad Sim Jepun
Untuk Pocket Wifi, ada 2 provider yang biasa traveller ambil iaitu Roamingman atau SamuraiWifi.
Untuk Kad Sim Jepun (eSim) pula, kebiasaannya traveller akan guna Softbank (boleh beli secara online juga). https://jomjapan.com/articles/wifi-simkad-jepun
6) Pakaian
Boleh refer di setiap link mengikut kesesuaian musim ya.
- Musim Bunga : https://jomjapan.com/articles/tips-berpakaian-musim-bunga
- Musim Panas : https://jomjapan.com/articles/tips-berpakaian-musim-panas
- Musim Luruh : https://jomjapan.com/articles/tips-berpakaian-musim-luruh
- Musim Sejuk : https://jomjapan.com/articles/tips-berpakaian-musim-sejuk
7) Kasut
Ini tricky sikit, sebab ramai ingat sneakers atau sport shoes sudah cukup, tapi ramai juga terciduk sebab kaki melecet atau tapak tercabut.
Di Jepun ada sangat banyak berjalan, lagi2 kalau naik Train untuk ke mana-mana.
Paling baik pakai Running Shoes.
Tapi sesiapa yang ikut Private tour dan naik kereta macam di JomJapan selamat sikit la, sebab ke mana-mana naik kereta.
Nak tahu lebih lanjut kasut yag sesuai mengikut musim? Boleh baca artikel penuh dalam link di bawah.
- https://jomjapan.com/articles/kasut-sesuai-musim-bunga
- https://jomjapan.com/articles/kasut-sesuai-musim-panas
- https://jomjapan.com/articles/kasut-sesuai-musim-luruh
- https://jomjapan.com/articles/kasut-sesuai-musim-sejuk
8) Peranti elektronik
Senarai ni pastikan semua ada, kalau tak kelam kabut nanti:
1- Charger Phone
2- Charger Kamera
3- Powerbank
4- Extension (optional)
5- Selfie stick
6- Hard disk (optional)
7- Travel Adapter 2 pin (PALING PENTING) sebab di sana plug bentuk lain ye
9) Ubat-ubatan
Bagi yang ada sakit, pastikan anda bawa ubatan secukupnya tau.
Ubat di Jepun mahal ye dan susah nak dapatkan sebab Jepun strict.
Bawa juga ubatan asas seperti Panadol, sebab biasa 2 hari pertama ada kemungkinan tinggi untuk selsema atau demam disebabkan perubahan suhu mendadak.
10) Makanan
Sebenarnya di sana tak susah nak cari makanan Halal terutamanya di tempat pelancongan utama seperti di Tokyo, Fuji, Osaka & Kyoto.
Cuma untuk yang tinggal di Apartment tiada sarapan disediakan.
Sekurang-kurangnya ada la makanan dari tanah air untuk dibuat sarapan kan.
Tapi ingat, Jepun mengharamkan segala bentuk makanan berasaskan DAGING untuk dibawa masuk ye, boleh kena saman.
Maklumat lanjut boleh baca di artikel https://jomjapan.com/articles/isytihar-makanan-ubat
11) Toiletries
Semua hotel dan kebanyakan Airbnb di Jepun ada sediakan sabun & shampoo serta berus gigi kecil.
Sekurang-kurangnya bawa peralatan seperti Facial Wash & seumpamanya.
12) Skincare
Bagi yang pertama kali ke Jepun pasti akan terkejut kulit senang kering terutamanya musim sejuk.
Kalau dibiarkan akan melarat jadi gatal2 dan tak selesa tau.
Pastikan bukan sahaja face moisturiser yang dibawa, pelembap kulit badan & lip balm pun bawa ye
13) Hand warmer
Ini unik di Jepun dan jarang ada di negara lain.
Comel je benda alah ni, tapi sangat membantu terutamanya musim sejuk.
Letak dalam poket jaket dan genggam bila2 perlu untuk hangatkan tangan
14) Portable Bidet/ Botol kosong
Boleh bawa Portable Bidet (banyak jual online) sebab kadang-kadang ada toilet yang tiada paip air.
Tapi sekarang kebanyakan tandas awam ada Bidet, paip air automatik yang keluar dari bawah toilet seat.
Jika tak sempat beli Portable Bidet, boleh juga standby apa-apa botol kosong semasa di sana.
15) Tukaran Mata Wang
Boleh tukarkan sikit dulu dalam 5,000 yen duit belanja sehari.
Tapi di sana pun boleh withdraw duit kalau nak tahu, boleh pakai kad bank Malaysia je (pastikan dah aktifkan pengeluaran luar negara dari bank masing-masing sebelum ke sana).
Nak bayar terus di kaunter pakai kad debit pun boleh, mudah kan.
Kalau bersama JomJapan tak perlu tukar cash banyak, sebab semua perbelanjaan sudah termasuk dalam pakej, tinggal bawa duit shopping je.
16) Sejadah/Telekung
Hanya bawa foldable sejadah/telekung je, untuk kegunaan di hotel.
Sebab kalau di luar, JomJapan akan bawa untuk solat di Surau atau Masjid, lebih selesa & wudhuk sempurna
17) Personal Entertainment
Ini terutamanya jika menaiki AirAsia, sebab AirAsia tiada screen tau.
Kebosanan nanti sepanjang 7 jam perjalanan, anak-anak pun restless nanti.
Kalau ada Netflix boleh download siap2 movie atau series.
Takpun boleh bawa buku atau novel je untuk khatamkan dalam flight.
Ini sedikit sebanyak Checklist utama yang perlu anda bawa ke Jepun.
Jepun ni negara yang sangat indah dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dibuat di sana.
Jadi kalau nak dapat pengalaman optimum di sana, jangan lupa untuk pastikan semua Checklist ni ada ya.
Jika nak dapatkan khidmat nasihat & itinerary quotation daripada JomJapan, boleh klik: