
Tentang kami
Sejak 2015, kami bawa orang Malaysia ke Jepun
JomJapan ialah Asuma Travel Sdn. Bhd., agensi berlesen MOTAC dan MOF, dengan pasukan hampir 30 orang. Kami uruskan perjalanan di Jepun dari A ke Z.
- 2015
- Beroperasi sejak
- Sepuluh tahun bawa orang Malaysia ke Jepun.
- 5,000+
- Pelancong dibawa
- Keluarga, syarikat dan delegasi rasmi.
- 30
- Orang dalam pasukan
- Hampir 30 orang, termasuk tour guide graduan Jepun.
- 5.0
- Google Review
- Purata daripada 111 ulasan di Google Maps.
Diasaskan oleh dua graduan Jepun
JomJapan bermula sebab merancang trip ke Jepun sepatutnya tak sesusah itu.
- Abdul Hadi
- Chief Executive Officer
- Graduan Takushoku University, Tokyo.
- Zulfi Shaini
- Chief Operating Officer
- Graduan Ritsumeikan University, Shiga. Bersama Abdul Hadi mengasaskan JomJapan pada 2015.


Tiga prinsip Jepun
Bukan slogan. Ini cara kami buat keputusan setiap hari.
- 思いやりOmoiyari
- Ihsan
- Setiap keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai sudut pandang, supaya pelanggan dan rakan kongsi dapat pengalaman terbaik.
- 改善Kaizen
- Penambahbaikan berterusan
- Sebagai syarikat berorientasikan teknologi, kami sentiasa perkukuh kecekapan operasi dan mutu perkhidmatan.
- 誠Makoto
- Jujur
- Komunikasi yang terbuka membolehkan masalah diuruskan dengan lebih cekap dan pantas.
Lebih 10 tahun pengalaman
Setiap tarikh di bawah boleh disemak: nombor pendaftaran, lesen dan keahlian.
JomJapan bermula sebagai enterprise
Abdul Hadi dan Zulfi Shaini, dua graduan Jepun, mula bawa pelancong Muslim Malaysia ke Jepun.
Naik taraf ke Asuma Travel Sdn. Bhd.
SSM 201901000847 (1310173-P). Dari enterprise ke syarikat sendiri, dan JomJapan jadi jenama di bawahnya.
Ahli Bumitra Malaysia
Sijil keahlian BM 942, bertarikh 13 Disember 2024.
Daftar dengan MOF dan SME Corp
Kementerian Kewangan (357-0002425491) sah hingga 2 Jun 2028, SME Corp (SME250930011) sah hingga 29 September 2027.
10 tahun, hampir 30 orang
Pasukan di Malaysia dan Jepun, semua tour guide graduan Jepun. Lesen MOTAC L/N/11970 sah hingga 25 November 2028, keahlian MATTA MA7164 aktif tahun ini.
Apa yang anda dapat
100% kepuasan pelanggan, dan ini sebabnya.
- Mesra Muslim
- 30+ restoran halal dan tempat solat yang selesa.
- Tour guide profesional
- Fasih Bahasa Jepun, Inggeris dan Melayu.
- Perjalanan lancar
- Itinerari tersusun, tanpa kelam-kabut.
- Harga terbaik
- 100% urus sendiri, tiada orang tengah.
Lesen yang boleh anda semak
MOTAC L/N/11970, sah sehingga 25 November 2028. Tap mana-mana sijil untuk baca.
Berdaftar dan bekerjasama dengan
Bumitra MalaysiaMATTA
Ministry of FinanceSabre
SME CorpAirAsia
MAS Airlines
Profil syarikat
Buka dan baca terus dalam browser. Nak simpan, guna butang muat turun dalam viewer.
Profil Syarikat 2026
Siapa kami, apa kami buat, dan rekod kami di Jepun.
PDF · 19 muka surat · 3.5 MB
Lihat profil (buka tab baharu)Profil B2B & Ground Operator
Untuk agensi pelancongan, korporat dan agensi kerajaan.
PDF · 4 muka surat · 1.4 MB
Lihat profil (buka tab baharu)
Apa kata mereka
5,000+ pelancong sudah pergi dengan kami.

Soalan lazim
Di Jepun ada lebih 30 badan pensijilan halal, tetapi hanya 6 diiktiraf JAKIM: Japan Muslim Association, Japan Halal Association, Japan Islamic Trust, Muslim Professional Japan Association, Nippon Asian Halal Association dan Japan Halal Foundation. Kami utamakan premis Tahap 1 dan 2, iaitu yang ada sijil halal penuh atau dimiliki dan diuruskan oleh Muslim. Untuk pilihan Tahap 3 seperti makanan jalanan, tour guide kami sahkan dulu bahan dan cara penyediaannya.
Tetamu akan solat di tempat yang selesa. Kami mempunyai senarai panjang tempat solat di Jepun, termasuk masjid dan musalla.
Tetamu akan mengalami Jepun seperti penduduk tempatan. Tour guide Muslim kami fasih berbahasa Jepun dan telah tinggal di Jepun bertahun-tahun.
Jom mula rancang trip anda
Beritahu kami bila dan berapa orang. Kami bina itinerari dan hantar quotation, percuma.
Untuk agensi, korporat & agensi kerajaan
Kami jadi ground operator anda di Jepun: trip rasmi, MICE, team building dan delegasi.
Maksimumkan keuntungan
Pakej disusun khas ikut demografi pelanggan sedia ada anda, supaya margin anda lebih tinggi.
Tindakan pantas
Quotation dalam hari yang sama, supaya anda boleh close pelanggan lebih cepat.
Sokongan penuh
Kami kongsi pengetahuan produk supaya team anda boleh jual dengan lebih yakin.
Tetamu didahulukan
Tour guide Muslim berbahasa Jepun yang berpengalaman untuk tetamu anda.
Tenang sepanjang trip
Operation guidelines yang lengkap disediakan untuk tour guide bagi elak masalah semasa trip.
Laporan Kaizen
Laporan aktiviti dan penambahbaikan diberikan selepas trip untuk penambahbaikan jangka panjang.
Demografi pelanggan anda akan dikaji, dan kami akan customize pakej yang sesuai dengan demografi dan minat mereka.
JomJapan mempunyai cawangan jualan di Kuala Lumpur yang akan membantu semua keperluan agensi anda dengan insight dan sokongan pemasaran.
Nak jadi rakan niaga?
Agensi pelancongan, syarikat atau penganjur trip. Tinggalkan maklumat, kami hubungi anda.




