Langkau ke kandungan
Rombongan syarikat Malaysia dalam lawatan korporat ke Jepun

Company trip

Company trip ke Jepun?

Kami berpengalaman menguruskan pelbagai trip syarikat ke Jepun, dari MICE dan business meeting sampai team building.

10+ tahun
Uruskan corporate trip
Sejak 2015
JomJapan ditubuhkan
Tokyo & KL
JomJapan Ltd. & Asuma Travel
6 pax
Minimum satu trip korporat

Lesen MOTACLesen MOF

Apa yang anda dapat

  • Tempahan tiket penerbangan
  • Tempahan penginapan mengikut bajet syarikat
  • Tempahan restoran makanan halal, alahan dan keperluan khas
  • Tempahan tiket masuk, aktiviti dan lawatan
  • Itinerary custom ikut objektif syarikat
  • Pengurusan VIP, VVIP mengikut protokol
  • Komunikasi perjalanan 1000% lancar

Cara kami bekerja

  1. Beritahu keperluan

    Isi borang dengan bilangan staf, tarikh dan bajet. Kami balas dalam 24 jam.

  2. Kami susun itinerari

    Jadual, hotel dan quotation custom ikut objektif dan bajet syarikat anda.

  3. Kami uruskan di Jepun

    Guide, pengangkutan, makanan halal dan operasi lapangan, semua kami handle.

Kenapa pergi company trip dengan JomJapan?

  • 3 bahasa

    Guide dan operation team graduan Jepun

    Kami ialah satu-satunya syarikat bumiputra yang masih menggunakan tour guide dan operation team graduan dari Jepun, fasih berbahasa Jepun, English dan Melayu.

  • VVIP

    Biasa uruskan menteri dan pegawai kerajaan

    Kami berpengalaman menguruskan trip untuk VVIP, menteri dan pegawai kerajaan mengikut protokol, jadi setiap aspek perjalanan memenuhi standard tertinggi.

  • A-Z

    MICE, business meeting sampai team building

    Lebih 10 tahun uruskan trip syarikat ke Jepun. Dari penginapan dan pengangkutan hingga aktiviti dan mesyuarat, kami uruskan semua daripada A-Z.

Testimoni

Siapa JomJapan?

JomJapan merupakan syarikat pengurusan yang terletak di Koto, Tokyo. JomJapan diasaskan oleh 2 graduan engineering Jepun yang berpengalaman menguruskan pelancongan di Jepun.

JomJapan menyediakan Japan ground service dan menguruskan A-Z perjalanan di Jepun. Kepakaran kami ialah menyediakan pakej B2B ground untuk Travel Agency, menguruskan trip syarikat, trip pelajar, trip keluarga dan juga trip individu ke Jepun. Kami juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan, penginapan, dan lawatan ke tempat menarik di Jepun.

Berbekalkan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam mengurus dan mengiringi perlancongan ke Jepun, kepakaran yang kami ada ini pasti akan membantu anda untuk menikmati pengembaraan di negara Jepun dengan selesa dan bebas stress.

JomJapan telah diasaskan sejak tahun 2015 dan merupakan anak syarikat Asuma Travel Sdn Bhd di Kuala Lumpur, Malaysia.

Soalan lazim

Kami pakar dalam trip dan acara korporat di Jepun, termasuk team-building, corporate retreat dan acara khas. Itinerary disusun mengikut matlamat dan keperluan syarikat anda.

Boleh. Kami biasa menguruskan makanan halal dan juga alahan makanan (allergies). Nyatakan keperluan tersebut semasa membuat tempahan dan kami akan uruskan.

Minimum 6 pax untuk setiap trip korporat. Saiz group ini memudahkan pengurusan dan memberi layanan yang lebih peribadi.

Itinerary kami fleksibel. Kami bekerjasama dengan anda untuk menyusun jadual yang sesuai dengan matlamat syarikat, daripada lawatan sehingga ke sesi mesyuarat.

Tour guide kami sangat profesional dan fasih berbahasa Jepun, Melayu, dan Inggeris. Jadi, komunikasi akan sentiasa lancar dan selesa untuk semua orang.

Boleh. Rangkaian kenalan kami di Jepun membolehkan kami mengaturkan lawatan khas, contohnya ke syarikat tertentu atau tempat kebudayaan. Guide yang pakar dalam bidang tertentu juga boleh disediakan.

Ya. Kami one-stop solution untuk trip syarikat anda: tiket penerbangan, tempahan hotel dan venue khas seperti dewan mesyuarat atau tempat acara.

Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, kami mengesyorkan tempahan dibuat sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh perjalanan.

Merancang company trip ke Jepun?

Beritahu berapa orang dan bila, kami balas dalam 24 jam.

Dapatkan quotation