
B2B ground operator
Mencari tour operator di Jepun?
Japan Muslim tour operator No.1 sedia membantu agensi anda, dari itinerari sampai ke operasi di lapangan.
- 10+ tahun
- Pengalaman ground operator
- Sejak 2015
- JomJapan ditubuhkan
- Tokyo & KL
- JomJapan Ltd. & Asuma Travel
- 6 pax
- Minimum satu trip
Lesen MOTACLesen MOFUPEN
Apa yang anda dapat
- Ground pakej khas untuk syarikat anda
- Beroperasi sebagai sebahagian daripada syarikat anda
- Sistem canggih khas untuk pengurusan leads dan booking
- Custom itinerary, aktiviti dan lawatan
- Pengurusan VIP, VVIP mengikut protokol
- Komunikasi perjalanan 1000% lancar
Cara kami bekerja
Beritahu keperluan
Isi borang dengan saiz group, tarikh dan bajet. Kami balas dalam 24 jam.
Kami susun itinerari
Jadual, hotel dan quotation custom ikut minat dan bajet group anda.
Kami uruskan di Jepun
Guide, pengangkutan, makanan halal dan operasi lapangan, semua kami handle.
Kenapa ambil pakej B2B kami?
3 bahasa
Guide dan operation team graduan Jepun
Kami ialah satu-satunya syarikat Japan ground operator yang masih menggunakan tour guide dan operation team graduan dari Jepun, fasih berbahasa Jepun, English dan Melayu.
VVIP
Biasa uruskan menteri dan pegawai kerajaan
Kami berpengalaman menguruskan trip untuk VVIP, menteri dan pegawai kerajaan mengikut protokol, jadi setiap aspek perjalanan memenuhi standard tertinggi.
A-Z
Dari open-trip sampai multiple bus dalam satu hari
Lebih 10 tahun sebagai Japan B2B ground provider: open-trip, private-trip dan multiple bus trip dalam satu hari. Penginapan, pengangkutan, aktiviti dan mesyuarat, semua kami handle.
Testimoni
Siapa JomJapan?
JomJapan merupakan syarikat pengurusan yang terletak di Koto, Tokyo. JomJapan diasaskan oleh 2 graduan engineering Jepun yang berpengalaman menguruskan pelancongan di Jepun.
JomJapan menyediakan Japan ground service dan menguruskan A-Z perjalanan di Jepun. Kepakaran kami ialah menyediakan pakej B2B ground untuk Travel Agency, menguruskan trip syarikat, trip pelajar, trip keluarga dan juga trip individu ke Jepun. Kami juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan, penginapan, dan lawatan ke tempat menarik di Jepun.
Berbekalkan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam mengurus dan mengiringi perlancongan ke Jepun, kepakaran yang kami ada ini pasti akan membantu anda untuk menikmati pengembaraan di negara Jepun dengan selesa dan bebas stress.
JomJapan telah diasaskan sejak tahun 2015 dan merupakan anak syarikat Asuma Travel Sdn Bhd di Kuala Lumpur, Malaysia.
Soalan lazim
Kami ground operator di Jepun dengan pengalaman mengendalikan pelbagai jenis trip. Beritahu kami jenis perjalanan yang klien anda mahukan, sama ada santai, padat dengan lawatan, atau tumpu kepada membeli-belah. Kami susun mengikut minat dan bajet.
Boleh. Kami biasa menguruskan makanan halal dan juga alahan makanan (allergies). Nyatakan keperluan tersebut semasa membuat tempahan dan kami akan uruskan.
Minimum 6 pax untuk setiap trip. Saiz group ini memudahkan pengurusan dan memberi layanan yang lebih peribadi.
Itinerary kami fleksibel. Kami bekerjasama dengan anda untuk menyusun jadual yang sesuai dengan minat group. Menambah destinasi atau melanjutkan tempoh di sesuatu tempat boleh diaturkan.
Tour guide kami sangat profesional dan fasih berbahasa Jepun, Melayu, dan Inggeris. Jadi, komunikasi akan sentiasa lancar dan selesa untuk semua orang.
Boleh. Rangkaian kenalan kami di Jepun membolehkan kami mengaturkan lawatan khas, termasuk ke tempat yang jarang dikunjungi pelancong. Guide yang pakar dalam bidang tertentu juga boleh disediakan.
Ya. Kami one-stop solution untuk trip ke Jepun: tiket penerbangan, tempahan hotel dan venue khas seperti tempat acara.
Untuk memastikan semuanya berjalan lancar, kami mengesyorkan tempahan dibuat sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh perjalanan.
Ingin mula dengan satu group dahulu?
Beritahu keperluan agensi anda, kami balas dalam 24 jam.
Dapatkan quotation