Tarikh & Destinasi Terbaik untuk ke Jepun 2025!
Tahun 2025 penuh dengan cuti panjang hasil gabungan cuti sekolah dan cuti umum Malaysia. Inilah peluang terbaik untuk anda merancang percutian ke Jepun. Dengan empat musim berbeza, Jepun menawarkan pengalaman unik setiap kali anda datang — dari musim bunga dengan sakura, musim panas penuh festival, musim luruh berdaun merah, hingga musim sejuk bersalji. Artikel ini menyenaraikan tarikh cuti utama Malaysia 2025 serta cadangan destinasi Jepun yang sesuai mengikut musim.
Cuti Sekolah & Umum 2025
Cuti Sekolah
- Cuti Pertengahan Penggal 1: 29 Mei – 9 Jun 2025
- Cuti Pertengahan Penggal 2: 12 – 21 September 2025
- Cuti Persekolahan Tambahan (Deepavali): 21 – 22 Oktober 2025
- Cuti Akhir Tahun: 19 Disember 2025 – 10 Januari 2026
Cuti Umum
- Hari Raya Haji: 6 – 7 Jun 2025 (Jumaat – Sabtu)
- Hari Kebangsaan (Merdeka): 31 Ogos 2025 (Ahad, cuti ganti 1 Sept)
- Hari Malaysia: 15 & 16 September 2025 (Selasa)
- Deepavali: 20 Oktober 2025 (Isnin)
- Krismas: 25 Disember 2025 (Khamis)
Cadangan Destinasi ke Jepun Mengikut Tarikh Cuti
September (Merdeka + Malaysia Day + Cuti Sekolah)
12 - 21 September 2025
Destinasi cadangan
| 🌞 | Tokyo | Osaka | Fuji | Hokkaido |
|---|---|---|---|---|
| Musim Panas | Kamakura, Enoshima | Minoo Park (Waterfall), Dolphin Farm (Awaji) | Oishi Park, Hakone | Nakafurano (Tomita Farm), Biei (Blue Pond) |
Highlight
- Daun mula bertukar warna merah/kuning keemasan
- Cuaca & suhu tidak terlalu panas
- Peralihan dari musim panas ke musim luruh
Sesuai untuk
- Percutian bersama keluarga besar atau company trip!
Oktober (Deepavali + Autumn Peak)
17 - 22 Oktober 2025
Destinasi cadangan
| 🍁 | Tokyo | Osaka | Fuji | Hokkaido |
|---|---|---|---|---|
| Musim Luruh | Nikko, Yoyogi Park, Meijijingu Gaien, Karuizawa | Arashiyama (Sagano Romatic Train), Nunobiki Herb Gardens, Minoo Park, Nara Deer Park | Hakone, Iyashi no Satou | Noboribetsu, Lake Toya, Daisetsuzan National Park |
Highlight
- Daun merah & oren keemasan penuh di kuil-kuil, bandar tradisional Jepun
- Suasana klasik musim luruh
- Pengalaman fruit-picking: buah epal, pir, anggur dan pisang kaki
Sesuai untuk
- Peminat fotografi
- Pasangan honeymoon
- Penggemar budaya klasik
Disember – Januari (Cuti Akhir Tahun + Winter)
19 Disember 2025 - 10 Januari 2026
Destinasi cadangan
| ❄️ | Tokyo | Osaka | Fuji | Hokkaido |
|---|---|---|---|---|
| Musim Sejuk | Gala Yuzawa, Nikko | Biwako Valley, Mount Rokko, Gransnow | Fujiten | Niseko, Asahiyama Zoo, Takino Suzuran, Mt. Moiwa, Lake Shikotsu |
Highlight:
- Iluminasi malam
- Suasana Krismas
- View perkampungan bersalji
- Aktiviti ski dan snowboarding
- Festival salji
Sesuai untuk
- Family trip
- Winter holiday bersama kanak-kanak
Tahun 2025 memberikan banyak peluang cuti panjang yang boleh dimanfaatkan untuk melancong ke Jepun. Sama ada anda ingin melihat keindahan sakura, menikmati pemandangan autumn yang menenangkan, atau bermain salji, Jepun sentiasa ada sesuatu untuk setiap pelancong.
Rancang lebih awal, pilih tarikh yang sesuai dengan cuti sekolah dan cuti umum, dan nikmati pengalaman terbaik Jepun dengan pakej mesra keluarga serta kumpulan daripada JomJapan.