Call

Bila dan di mana untuk lihat Bunga Sakura di Jepun (2024)

Salah satu perkara yang dinantikan oleh pelancong yang ke Jepun adalah untuk melihat Bunga Sakura. Musim Bunga Sakura pada tahun 2024 dijangka bermula pada penghujung Mac hingga ke awal April di kawasan Tokyo, Kyoto dan sekitar Osaka. Ramalan ini telah dikeluarkan oleh Japan Meteorological Corporation pada 25hb Januari 2024.

Kebiasaannya musim Bunga Sakura adalah selama 2 minggu. Untuk kawasan seperti Sendai dan Hokkaido, Bunga Sakura biasanya akan lebih lambat berkembang iaitu pada April hingga Mei.

Ramalan Tarikh Sakura Berkembang

Tempat untuk dikunjungi pada awal Musim Bunga (Mac-April)

1- Bandar Kawazu yang terletak dia pantai Semenanjung Izu (3 jam dari Tokyo). Kawazu-zakura (jenis pokok ceri) akan berkembang mekar kira-kira sebulan lebih awal dari Bunga Sakura biasa.

2- Bandar Atami yang jaraknya 1jam 30minit dari bandar Tokyo. Atami-zakura (jenis pokok ceri) juga berkembang sebulan lebih awal dari Bunga Sakura biasa.

Tempat untuk dikunjungi pada lewat Musim Bunga (Mei-Jun)

1- Miharu Takizakura terkenal kerana merupakan pokok ceri yang berusia lebih 1000 tahun yang berada di kawasan Tohoku.

2- Tsutsujigaoka Park yang berada di kawasan Sendai. Taman ini mengandungi pelbagai jenis pokok ceri antaranya Somei-Yoshino, Yaezakura, Higanzakura dan Ukon-zakura.

Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
admin@jomjapan.com