Tarikh Ramalan Sakura 2026 Seluruh Jepun!
Bagi peminat bunga sakura, berita baik! Japan Meteorological Corporation (JMC) telah mengeluarkan ramalan kedua (2nd forecast) pada 8 Januari 2026 bagi tarikh bunga sakura mula mekar (kaika) dan mencapai mekarnya sepenuhnya (mankai) di Jepun bagi tahun 2026. Ramalan ini merangkumi lebih daripada 1,000 lokasi popular untuk melihat sakura dari Hokkaido hingga Kagoshima, dan JMC akan memberikan kemas kini seterusnya pada 22 Januari 2026.
ProTips: Musim Sakura adalah pada Cuti Sekolah Penggal 1!
Bagi keluarga yang merancang ke Jepun dengan anak-anak, musim sakura tahun 2026 ini sangat sesuai kerana tarikh mekarnya bertepatan dengan cuti penggal 1 sekolah di Malaysia, yang bermula selepas Hari Raya Aidilfitri.
Menariknya, tahun-tahun lain, mekarnya sakura selalunya tidak bertepatan dengan cuti sekolah, jadi peluang untuk melancong sambil menikmati sakura bersama keluarga agak terhad. Jadi tahun ini ialah peluang yang terbaik untuk bawa keluarga anda menikmati pemandangan Sakura di Jepun!
Ramalan Mekar Sakura 2026 Mengikut Kawasan
Berikut adalah ramalan tarikh mekarnya Sakura di beberapa bandar utama Jepun:
Sumber: Japan Meterological Corporation (8 Januari 2026)
| Bandar | Tarikh Mula Berbunga | Perbezaan Hari | Tarikh Mekar Penuh | Perbezaan Hari | Purata Tahunan |
|---|---|---|---|---|---|
| Sapporo | 27 April | -4 | 1 Mei | -5 | 1 Mei |
| Aomori | 19 April | -3 | 22 April | -4 | 22 April |
| Sendai | 6 April | -2 | 11 April | -2 | 8 April |
| Tokyo | 20 Mac | -4 | 27 Mac | -4 | 24 Mac |
| Kanazawa | 1 April | -2 | 7 April | -1 | 3 April |
| Nagano | 6 April | -5 | 11 April | -5 | 11 April |
| Nagoya | 20 Mac | -4 | 29 Mac | -4 | 24 Mac |
| Kyoto | 25 Mac | -1 | 1 April | -3 | 26 Mac |
| Osaka | 24 Mac | -3 | 31 Mac | -4 | 27 Mac |
| Wakayama | 27 Mac | +3 | 3 April | 0 | 24 Mac |
| Hiroshima | 21 Mac | -4 | 30 Mac | -4 | 25 Mac |
| Kochi | 21 Mac | -1 | 28 Mac | -2 | 22 Mac |
| Fukuoka | 21 Mac | -1 | 30 Mac | -1 | 22 Mac |
| Kagoshima | 25 Mac | -1 | 4 April | -1 | 26 Mac |
(Perbezaan hari menunjukkan sama ada bunga mekar lebih awal atau lambat berbanding purata tahun sebelumnya.)
Bagaimana JMC Meramalkan Tarikh Mekar Sakura
Proses meramal tarikh mekarnya sakura mengambil kira:
Suhu musim luruh dan musim sejuk
- Membantu menentukan bila tunas akan keluar daripada tempoh dormansi.
Status pertumbuhan pokok sakura
- Berdasarkan pemerhatian tunas pokok sakura.
Suhu terkumpul dan data masa lalu
- Untuk membuat anggaran yang lebih tepat bagi setiap kawasan.
Secara ringkas, tunas sakura mula terbentuk pada musim panas tahun sebelumnya dan melalui tempoh dormansi pada musim sejuk sebelum berkembang apabila suhu meningkat pada musim bunga.
Kesimpulan
Ramalan awal JMC menunjukkan bahawa banyak bandar di Jepun akan mengalami mekarnya sakura lebih awal dari biasa pada tahun 2026, terutama Tokyo, Nagoya, Osaka dan Hiroshima. Jadi, buat mereka yang merancang lawatan untuk melihat keindahan sakura, inilah masa yang sesuai untuk merancang perjalanan anda dan menikmati panorama sakura sepenuhnya.