Call

Gundam Odaiba Akan Diturunkan? Ini Masa Terakhir Untuk Lihat Sendiri Di Jepun

Nasrul Hakim
|
18 May 2026

Kalau anda peminat Anime dan pernah simpan impian nak tengok Gundam bersaiz sebenar di Jepun, sekarang mungkin antara waktu terakhir untuk alami sendiri pengalaman tu.

The Gundam Base Tokyo di Odaiba bukan sekadar spot bergambar biasa. Ia adalah antara landmark anime paling terkenal di dunia — dan berita terbaru mengesahkan bahawa model Gundam sekarang akan ditamatkan pamerannya pada Ogos 2026 selepas hampir 9 tahun berdiri megah di Odaiba, Tokyo.

Gundam Yang Ada Sekarang Ialah Unicorn Gundam

Model yang berada di Odaiba sekarang ialah:

RX-0 Unicorn Gundam Ver. TWC

  • Diperkenalkan pada tahun 2017
  • Tinggi hampir 19.7 meter
  • Berat sekitar 49 tan
  • Boleh bertukar antara “Unicorn Mode” dan “Destroy Mode”
  • Ada pertunjukan lampu khas waktu malam

Bila malam, bahagian psycho-frame Gundam ni akan menyala merah dan transform macam dalam anime. Ramai pelancong cakap experience tengok depan mata memang lain daripada dalam video.

Sebelum Unicorn Gundam, Model Apa Yang Ada?

Sebelum Unicorn Gundam ambil alih Odaiba pada 2017, kawasan tu terkenal dengan:

RX-78-2 Gundam

  • Model Gundam original dari anime pertama tahun 1979
  • Dipasang di Odaiba sejak 2009
  • Jadi simbol kebangkitan budaya anime moden Jepun
  • Antara patung anime bersaiz sebenar pertama yang viral di dunia

Ramai peminat lama sebenarnya masih nostalgic dengan RX-78-2 sebab itu “Gundam asal” yang membesarkan franchise Gundam seluruh dunia.

Lepas Ini Akan Diganti Dengan Gundam Apa?

Setakat sekarang, pihak Bandai Namco masih belum umumkan pengganti rasmi untuk Unicorn Gundam.
Tapi dalam komuniti Gundam, dah banyak spekulasi muncul:

  • Ada yang jangka RX-78-2 akan kembali sempena ulang tahun ke-50 Gundam pada 2029
  • Ada yang berharap model baru seperti Xi Gundam, Strike Gundam atau Aerial Gundam akan ambil alih
  • Ada juga teori lokasi itu akan dijadikan projek landmark baru Gundam

Apa pun model selepas ni, satu benda pasti:

Unicorn Gundam yang ada sekarang bakal jadi sejarah.

Dan bila ia dah diturunkan nanti, experience tengok “Unicorn Gundam asli di Odaiba” memang takkan dapat diulang balik.

Kenapa Ramai Sanggup Datang Jepun Semata-Mata Nak Tengok Gundam?

Sebab bila berdiri depan Gundam ni sendiri, rasa dia susah nak explain.

  • Tinggi hampir bangunan
  • Detail sangat real
  • Lokasi tepi waterfront Tokyo
  • Malam ada lighting cinematic
  • Ada Gundam Base untuk shopping Gunpla & merchandise rare

Ia bukan sekadar untuk anime fans.
Ramai first timer Jepun pun akan singgah sebab ia dah jadi salah satu ikon Tokyo moden.

Ini Masa Terbaik Untuk Pergi Sebelum Tamat

Ramai orang selalu fikir:

“Nanti lah pergi Jepun.”

Tapi banyak tarikan iconic Jepun sebenarnya berubah ikut masa.

Dan sekarang, Unicorn Gundam di Odaiba dah ada “deadline”.

Kalau anda memang pernah teringin nak tengok sendiri robot gergasi ni depan mata, ambil gambar waktu malam di Odaiba, atau rasa vibe futuristic Tokyo — mungkin sekarang masa terbaik untuk pergi sebelum ia tinggal nostalgia internet sahaja.
Dengan JomJapan, anda boleh explore Odaiba dan banyak lokasi rare Jepun dengan itinerary lebih santai dan small group yang selesa.