Call

Golden Week Di Jepun

Apa itu Golden Week? Golden Week atau dipanggil Minggu Emas adalah hari cuti umum di Jepun pada 29 April sehingga 5 Mei setiap tahun. Antara cuti - cuti umum tersebut termasuklah :

  • 29 April - Hari Jadi Kaisar
  • Hari Jadi Maharaja
  • Hari Kehijauan
  • Hari Showa
  • 3 Mei - Hari Peringatan Perlembagaan
  • 4 Mei - Hari Cuti Bank
  • 5 Mei - Hari Kanak - Kanak

Jadi semua benda akan menjadi mahal (contohnya penginapan dan tiket kapal terbang). Tempat tumpuan pelancong juga akan lebih sesak dari biasa. Ini kerana penduduk Jepun akan mengambil cuti pada Golden Week dan mereka akan melancong di dalam atau luar negara.

Sekiranya anda ingin melancong ke Jepun semasa Golden Week juga, ini antara tips - tips yang yang perlu anda ikuti:

Tips 1 : Buat tempahan awal

  • Buat segala tempahan untuk percutian seperti hotel, tiket penerbangan dan yang berkaitan seawal 3 hingga 6 bulan sebelum anda ingin bercuti di Jepun. Ini kerana jika anda membuat tempahan lambat, kemungkinan tempahan telah penuh dan harga akan meningkat berkali ganda.

Tips 2 : Rancang masa perjalanan anda secara fleksibel

  • Sepanjang Golden Week, anda akan melihat betapa ramainya orang yang pergi bercuti. Terutamanya yang menggunakan JR Pass. Anda mungkin akan beratur panjang dan terpaksa menunggu lama untuk menggunakan  JR Pass. Jadi, bersabarlah ketika menunggu  JR Pass dan tidak memarahi pekerja di situ.

Tips 3 : Elakkan pengangkutan awam

  • Bagi mengelakkan kesesakan orang ramai, elakkan menggunakan pengangkutan awam serta kawasan yang menjadi tarikan pelancong. Anda boleh berjalan kaki menikmati keindahan di Jepun, melihat taman - taman yang cantik dan mencuba makanan Jepun di restoran - restoran yang berdekatan dengan tempat penginapan anda.

Tips 4 : Bercuti di Tokyo

  • Rakyat Jepun yang menetap di Tokyo kebiasannya akan bercuti ke bandar bandar lain. Jadi, kedai makan, taman, muzium serta tempat tarikan pelancong di Tokyo akan menjadi agak lenggang. Maka, bolehlah anda bercuti ke Tokyo dan berjalan - jalan di sana.

Maka, rancanglah perjalanan anda apabila melancong ke Jepun ketika Golden Week supaya percutian anda seronok dan selesa sentiasa.

Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
admin@jomjapan.com