Budaya-budaya di Jepun
Setiap negara mempunyai keunikan masing-masing terutama dari segi budaya. Kelainan budaya inilah yang membezakan satu negara dengan negara yang lain. Tidak terkecuali juga Jepun.
- Jangan memberi tip kepada pekerja
Jika di Malaysia, memberi tip kepada pekerja yang telah membantu kita merupakan amalan yang baik dan sebagai tanda penghargaan kepada pekerja. Tetapi, berbeza di Jepun, mereka tidak akan menerima tip yang diberikan kepada mereka dan sekiranya ada yang menghulurkan tip kepada pekerja, mereka akan memulangkannya kembali.
- Menyedut mi dengan kuat merupakan tanda penghargaan
Bagi kita, bunyi menyedut makanan dengan kuat adalah satu perkara yang kurang sopan kerana bising dan mengganggu suasana ketika makan. Masyarakat Jepun pula mempunyai budaya makan menyedut mi dengan bunyi yang kuat (bunyi “slurrrpppp”) adalah tanda seseorang itu menikmati kesedapan makanan dan tanda menghargai orang yang telah menyediakan makanan itu.
- Jangan makan atau minum ketika berjalan
Makan atau minum ketika berjalan adalah perkara yang tidak sopan bagi masyarakat Jepun. Jika hendak makan atau minum, perlulah duduk di kerusi yang di sediakan ataupun bersandar di dinding. Ini bagi mengelakkan diri dipandang tidak sopan.
- Tunduk ketika menyapa orang
Pasti semua orang tahu budaya Jepun menundukkan kepala ketika memberi ucapan selamat atau menyapa seseorang. Ada dua jenis tunduk hormat yang dilakukan oleh orang Jepun iaitu menundukkan sedikit kepala ketika berdiri dan duduk serta tunduk dalam kedudukan 90 darjah. Ia menunjukkan kesopanan dan hormatnya seseorang itu kepada orang lain.
- Menggunakan silent mode telefon dan cuba tidak menjawab panggilan di dalam pengangkutan awam
Di Jepun, mereka merasakan menggunakan telefon ketika dalam pengangkutan awam mengganggu ketenteraman orang lain. Jadi mereka akan meletakkan telefon dalam 'silent mode' dan cuba untuk tidak menjawab panggilan.
- Tidak membuat bising di kawasan awam
Sebolehnya mereka tidak mahu membuat sebarang bunyi yang terlalu bising terutama di tempat awam untuk mengelakkan orang lain terasa terganggu.
- Utamakan / hormat senior
Apabila berkumpul beramai - ramai sambil minum teh, mereka akan menuang air minuman kepada orang yang lebih tua/ senior sebagai tanda hormat.
- Tidak bersin di tempat awam
Bagi rakyat Jepun, bersin di tempat awam merupakan perkara yang dilihat tidak sopan. Jika terasa ingin bersin, cuba tahan ataupun bersin di kawasan yang tidak mempunyai ramai orang. Lebih elok lagi jika memakai topeng muka ketika berasa kurang sihat.
- Menyimpan sampah dalam poket atau beg
Kita tahu Jepun sangat menitik beratkan tentang kebersihan. Menjadi kebiasaan mereka akan menyimpan sampah didalam poket atau beg sekiranya tidak kelihatan tong sampah untuk membuang sampah. Mereka akan buang sampah tersebut apabila berjumpa tong sampah, ataupun membuangnya di rumah.