Aktiviti Menarik di Jepun Mengikut Musim

Jepun terletak di hemisfera utara menjadikan ia negara yang mempunyai empat musim. Jom kita lihat bila dan apakah aktiviti menarik yang dapat dilakukan ketika musim-musim tersebut.

Musim Bunga


Cuaca semakin cerah, daun-daun mula menghijau dan bunga-bunga memekar. Itulah musim bunga. Musim bunga adalah musim yang dinanti-nantikan oleh orang Jepun disebabkan suhu yang meningkat dari sejuk ke suhu yang selesa. Musim bunga di Jepun bermula pada pertengahan bulan Mac hingga pertengahan bulan Jun. Purata suhu bagi musim bunga ialah dari 6.6°C hingga 19.6°C.
Aktiviti yang anda boleh lakukan pada musim bunga adalah:

  • Hanami atau menonton bunga adalah aktiviti khusus yang dilakukan oleh orang Jepun apabila bunga Sakura mula mekar. Aktiviti ini termasuk berkelah di bawah pokok Sakura bersama keluarga atau kawan-kawan sambil menikmati makanan dan bunga Sakura di sekeliling mereka. Bunga Sakura mengembang secara berperingkat di seluruh Jepun. Ia dapat dilihat di Kyushu dahulu dan akan merebak ke kawasan utara secara perlahan-lahan.
  • Jika hanami ini termasuk dalam bucketlist anda, pastikan anda menyelidik dahulu tarikh-tarikh ramalan bunga Sakura di kawasan yang anda akan lawati di Jepun. Boleh periksa di sini https://n-kishou.com/corp/news-contents/sakura/

Musim Panas


Musim panas di Jepun bermula pada pertengahan bulan Jun sehingga pertengahan bulan September. Purata suhu pada musim panas ialah dari 23°C hingga 38°C. Kelembapan udara pada musim panas adalah tinggi menyebabkan suhu sekeliling terasa lebih panas daripada suhu sebenar. Selalunya, hujan akan turun pada keseluruhan bulan Jun dan cuaca panas akan menyusul pada bulan Julai dan Ogos.

Aktiviti yang popular pada musim panas adalah:

  • Matsuri atau pesta banyak diadakan pada musim panas. Matsuri yang paling terkenal di Jepun adalah Gion Matsuri di Kyoto dimana ia berlangsung sepanjang bulan Julai. Terdapat kereta berhias dan gerai-gerai menjual makanan jalanan ketika matsuri yang anda boleh cuba.
  • Hanabi pula pesta bunga api yang orang Jepun gemar menyaksikan pada musim panas. Terdapat beberapa pesta bunga api besar-besaran di seluruh Jepun. Salah satu yang terkenal adalah Sumidagawa Firework Festival yang di adakan pada Sabtu terakhir setiap bulan Julai.

Musim Luruh


Musim luruh bermula pada pertengahan bulan September hingga pertengahan bulan Disember. Pada musim luruh, suhu mulai turun perlahan-lahan membuatkan ia musim yang best untuk berjalan-jalan di Jepun. Purata suhu pada musim luruh bermula dari 17°C dan boleh mencecah 7°C.

Selain daripada suhu yang selesa untuk berjalan-jalan pada musim luruh, aktiviti yang anda dapat lakukan pada musim luruh adalah:

  • Melihat daun-daun pada pokok di sekeliling bertukar warna dari hijau menjadi kuning, oren atau merah. Anda dapat menikmati keindahan daun berwarna-warni di Lake Kawaguchiko di kaki Gunung Fuji.
  • Onsenatau lebih dikenali sebagai kolam air panas mula beroperasi. Anda boleh menginap di ryokan atau resort tradisional jepun yang mempunyai onsen untuk merasai pengalaman tersebut.

Musim Sejuk


Pada musim sejuk, waktu siang menjadi singkat dan waktu malam menjadi lebih panjang. Musim sejuk bermula pada pertengahan bulan Disember sehingga pertengahan bulan Mac. Suhu juga menjadi lebih sejuk. Purata suhu pada musim sejuk ialah 9.6°C hingga -3.5°C bergantung kepada kawasan.

Aktiviti yang popular pada musim sejuk adalah:

  • Snowboarding atau ski. Aktiviti-aktiviti ini biasanya popular di Hokkaido atau kawasan-kawasan pergunungan di mana salji tebal terbentuk.
  • Selain itu, hotel dan resort kolam air panas, atau lebih dikenali sebagai onsen, semakin meningkat populariti bagi mengekalkan panas dikala hari sejuk.
  • Di Sapporo, dalam wilayah Hokkaido, arca dibentuk dari ais dipamerkan di taman popular seperti Taman Odori.

Terdapat pelbagai aktiviti yang and boleh nikmati di Jepun sepanjang tahun. Rancanglah perjalanan anda untuk menikmati aktiviti yang and minat.

Jika nak dapatkan khidmat nasihat & itinerary quotation daripada JomJapan, boleh klik:

Dapatkan Itinerari Di Sini

Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
admin@jomjapan.com