Call

10 Tempat Menarik di Tokyo Yang Mesra Family & Kids (2025)

Tokyo merupakan ibu negara Jepun dengan keluasan dan populasi 37 juta orang setakat tahun 2025!

Untuk pengetahuan anda, ada lebih 10+ tempat menarik di Tokyo yang anda boleh kunjungi sepanjang trip ke Jepun merangkumi honeymoon, trip bersama anak kecil, trip keluarga & trip beramai-ramai.

Antara stigma yang salah tentang Tokyo adalah, Tokyo merupakan bandar metropolitan yang sibuk dan hanya sesuai untuk orang muda. Maka, tak banyak tempat menarik di Tokyo yang mesra warga emas dan kanak-kanak. Hakikatnya, stigma ini salah.

Ramai rakyat Malaysia yang bercita-cita ke Tokyo, Jepun, terutama bersama keluarga dan anak-anak. Tapi isu yang sering timbul ialah:

“Tokyo ini bandar besar dan sibuk. Cuma sesuai untuk orang muda je kot. Orang tua dan budak-budak mesti bosan.”

Untuk pengetahuan anda, tempat menarik di Tokyo bukan saja mesra pelancong, tapi juga sangat family-friendly dan sesuai untuk semua lapisan umur termasuk bayi, kanak-kanak dan warga emas!

Baca: 10 Tempat Menarik di Osaka Untuk Sightseeing & Bergambar!

Dalam artikel ini, kami akan senaraikan 10 tempat menarik di Tokyo 2025 yang wajib masuk dalam itinerari anda untuk melancong ke Jepun dengan fakta terkini, musim sesuai, dan tips jimat untuk pelancong Malaysia.

“Tokyo is the #1 most visited city in Japan, attracting over 14 million foreign visitors every year.” – TouristJapan.com

Apa Yang Menarik di Tokyo?

Tokyo bukan sekadar ibu kota moden Jepun. Ia adalah gabungan tradisi dan teknologi yang hidup harmoni. Sepanjang melancong ke Tokyo, apa yang anda boleh experience adalah:

Budaya Asli Jepun

Antara budaya asli di Jepun yang unik adalah pakaian tradisional Kimono, sukan sumo, budaya anime dan minuman teh Jepun yang menjadi cara hidup mereka.

Teknologi Futuristik

Di Tokyo, anda boleh experience robot humanoid seperti patung Gundam di Odaiba, Shinkansen dan vending machine AI yang menggunakan teknologi terkini.

Negara Mesra Keluarga

Di Tokyo, majoriti kawasan di bina menjurus kepada tempat mesra keluarga dengan lambakan Zoo, taman tema, pusat sains dan budaya seperti Tokyo Disneyland, Ueno Zoological Garden dan Senso-ji Temple.

Apa yang menarik adalah, Tokyo juga sangat selamat, bersih dan mudah diakses dengan sistem tren dan bas yang efisien, sesuai untuk pelancong yang bawa anak kecil dan warga emas.

Musim di Tokyo

Untuk menikmati tempat menarik di Tokyo, anda perlu faham perubahan musimnya. Setiap musim ada tarikannya tersendiri:

Musim Sejuk (Disember - Februari)

Suhu 1°C hingga 10°C dengan aktiviti utama adalah main salji, festival lampu musim sejuk, pemandangan Gunung Fuji.

Tips tambahan: Bawa pakaian tebal, winter coat dan sarung tangan

Musim Bunga (Mac - Mei)

Suhu 10°C hingga 20°C dengan aktiviti utama adalah experience sakura di Ueno Park, berkelah, festival bunga.

Tips tambahan: Tempah awal sebab musim ini paling ramai pelancong.

Musim Panas (Jun - Ogos)

Suhu 25°C hingga 35°C di mana siang lebih lama dari musim lain dengan aktiviti utama adalah experience festival kebudayaan, melihat mercun dan experience orang Jepun mengenakan pakaian yukata.

Tips tambahan: Bawa topi, sunblock dan air minuman secukupnya.

Musim Luruh (September - November)

Suhu 15°C hingga 25°C dengan aktiviti utama adalah, experience daun merah momiji dan sightseeing dengan cuaca nyaman.

Tip tambahan: Sesuai untuk hiking dan bergambar.

Waktu Terbaik di Tokyo

Berdasarkan data pelancongan dari JTB Corp, waktu paling sesuai untuk lawatan keluarga ialah:

Musim Bunga (Mac – April)

Suhu nyaman, sakura mekar, tempat menarik terbuka sepenuhnya.

Musim Luruh (Oktober – November)

Cuaca tidak panas, crowd lebih terkawal.

Elakkan musim puncak seperti:

  • Golden Week (Akhir April – Awal Mei)
  • Cuti sekolah Jepun (Julai & Disember)
  • Kerana harga hotel meningkat dan tempat sesak

Baca: 10 Tempat Menarik di Hokkaido Musim Bunga (Spring) TERKINI

Tempat Menarik di Tokyo

Berikut adalah 10 tempat menarik di Tokyo yang mesra family & kids untuk tahun 2025:

1. Odaiba

Pulau buatan ini penuh dengan tarikan moden untuk semua umur:

  • Legoland Discovery Center
  • Miraikan Science Museum
  • Gundam Statue & shopping outlet
  • TeamLab Planets (pengalaman seni interaktif)

Sangat sesuai untuk kanak-kanak aktif dan ibu bapa yang mahu shopping sambil santai dan experience budaya Jepun.

2. Asakusa

Kawasan tradisional ini menempatkan Sensoji Temple, kuil suci tertua di Tokyo. Anak-anak boleh belajar budaya Jepun, naik beca, dan nikmati manisan tradisional seperti mochi dan taiyaki.

3. Harajuku

Syurga fesyen dan kawaii! Tempat menarik untuk remaja dan anak perempuan. Lawati:

  • Yoyogi Park (untuk berkelah)
  • Takeshita Street (aksesori comel)
  • Kiddy Land (kedai mainan ikonik)

4. Tokyo Tower

Struktur ikonik setinggi 333 meter di tengah metropolitan Tokyo memberikan anda peluang untuk experience:

  • Aquarium dan muzium mini
  • Bergambar untuk family photo
  • Observation deck dengan pemandangan Gunung Fuji

5. Iyashi No Sato

Kampung tradisional ala zaman samurai terletak di luar Tokyo (1.5 jam dari Shinjuku). Anak-anak boleh pakai kimono, belajar buat kraf tradisional dan ambil gambar di rumah jerami gunung Fuji.

6. Sensoji Temple

Bukan sekadar tempat ibadah penganut agama Shinto di Jepun. Di sini anda boleh experience :

  • Shopping di Nakamise Street
  • Gerbang Kaminarimon yang ikonik
  • Budaya Jepun dalam suasana mesra pelancong

7. Shibuya Crossing

Lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia  satu pengalaman yang anak-anak takkan lupa.
Boleh juga lawat Hachiko Statue dan shopping di Shibuya109.

8. Disneyland Tokyo

Dinobatkan sebagai taman tema francais Disney’s terbaik di dunia! Disneyland Tokyo merupakan taman tema paling popular di Asia dengan:

  • Parade watak Disney
  • Rides mesra kanak-kanak
  • Makanan halal & ruang solat

Penting: Beli tiket awal dengan harga diskaun melalui platform seperti KLOOK atau JomJapan!

9. Gotemba Premium Outlet

Shopping heaven + view Gunung Fuji! Anak-anak boleh enjoy di playground khas manakala ibu bapa boleh nikmati jenama seperti Nike, Coach, Uniqlo, Le Creuset dan banyak lagi.

10. Nakamise Shopping Street

Merupakan lokasi popular depan Sensoji Temple yang mesra stroller & kerusi roda untuk pelancong shopping dan foodhunting. Antara barangan yang anda boleh beli adalah :

  • Souvenir Jepun original
  • Street food seperti karaage, senbei dan matcha ice cream

“There are more than 500 kid-friendly attractions in Tokyo alone, making it a top family destination in Asia.” – Japan.go.jp

Penutup

Jika anda bercadang melancong ke Tokyo dalam masa terdekat bersama keluarga, artikel ini telah buktikan bahawa banyak tempat menarik di Tokyo yang mesra family & kids, bermula dari taman tema, shopping mall, kampung budaya hingga kuil ikonik.

Sejak tahun 2015, JomJapan telah membantu lebih 3,000 rakyat Malaysia melancong ke Jepun. Jika anda ingin experience private ke Jepun dan melihat tempat menarik di Tokyo, anda boleh dapatkan konsultansi percuma dari kami. Hubungi kami DI SINI.

Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
admin@jomjapan.com