Call

10 Tempat Menarik di Osaka Untuk Sightseeing & Bergambar!

Tahukah anda, Osaka dikenali sebagai “Nations Kitchen” kerana menjadi pusat budaya Jepun dan makanan lokal di Jepun. Dengan jarak 563KM dari Tokyo, Osaka adalah salah satu destinasi wajib saat anda melancong ke Jepun. Untuk info, ada lebih 10+ tempat menarik di Osaka yang anda boleh lawati.

Ramai pelancong dari Malaysia yang melancong ke Jepun terus fokus ke Tokyo dan Kyoto, tapi ramai yang terlepas pandang satu lagi destinasi yang sangat underrated iaitu Osaka. Bila sebut "tempat menarik di Osaka", ramai yang fikir ia hanyalah bandar industri, atau sekadar tempat transit ke Universal Studio. Tapi sebenarnya, Osaka menyimpan pelbagai lokasi sightseeing yang mesra keluarga, penuh budaya dan sangat Instagrammable!

Jika anda sedang merancang ke Jepun, artikel ini akan dedahkan 10 tempat menarik di Osaka yang wajib ada dalam itinerari anda terutamanya untuk anda yang suka jalan-jalan sambil bergambar cantik.

“Osaka bukan sekadar pusat beli-belah. Ia adalah destinasi budaya, makanan, dan sejarah yang lengkap untuk pelancong.” — JTB Japan

Apa Yang Menarik di Osaka?

Osaka ialah bandar ketiga terbesar di Jepun dan terkenal sebagai "Dapur Jepun". Selain syurga makanan, bandar ini juga menjadi rumah kepada kastil purba, taman moden, kuil bersejarah, dan kawasan membeli-belah yang hipster dan happening.

Mengikut data dari Tourism Japan, Osaka menerima lebih 10 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2024 dan angka itu dijangka meningkat pada tahun 2025 berikutan kempen pelancongan mesra Muslim.

Musim di Osaka

Musim Sejuk (Disember - Februari)

Cuaca sejuk dan salji tipis. Tempat menarik seperti Osaka Castle dan Nunobiki Herb Garden bertukar menjadi pemandangan romantik.

Musim Bunga (Mac - Mei)

Musim bunga sakura! Lokasi seperti Arashiyama dan Sannenzaka menjadi sangat popular untuk ambil gambar & sightseeing di musim bunga sambil experience cherry blossom.

Musim Panas (Jun - Ogos)

Waktu paling sesuai untuk aktiviti luar seperti ke Universal Studio Japan dan Dotonbori. Siang di musim panas adalah lebih panjang dan anda ada banyak masa untuk sightseeing, shopping & foodhunting!

Musim Luruh (September - November)

Pemandangan daun merah di kawasan seperti Deer Park sangat mengagumkan sepanjang musim luruh dan September - November adalah masa terbaik untuk bergambar di Osaka.

Waktu Terbaik ke Osaka

Jika anda nak elak kesesakan pelancong, datanglah pada bulan Mei atau Oktober. Cuaca nyaman, tidak terlalu sejuk atau panas, dan kebanyakan tempat tidak terlalu sesak. Selain itu, anda juga dapat harga hotel dan penerbangan yang lebih murah.

Tempat Menarik di Osaka

1. Osaka-jo (Osaka Castle)

Simbol kebanggaan Osaka sejak abad ke-16. Kastil ini sangat fotogenik, lebih-lebih lagi waktu musim bunga. Taman sekelilingnya sesuai untuk piknik bersama keluarga.

2. Dotonbori

Lokasi paling terkenal untuk makanan jalanan dan papan neon gergasi. Jangan lupa ambil gambar dengan Glico Man Sign, simbol ikonik Osaka.

3. Deer Park (Nara)

Hanya 40 minit dari Osaka, anda boleh beri makan rusa jinak di taman ini. Sesuai untuk anak-anak dan pencinta haiwan.

4. Arashiyama Bamboo Grove

Terletak di Kyoto (1 jam dari Osaka), lorong buluh ini antara tempat paling cantik untuk bergambar. Pemandangan yang sangat menenangkan.

5. Sannenzaka

Jalan berbatu tradisional di Kyoto yang popular untuk experience budaya Jepun seperti pakaian tradisional kimono dan budaya Jepun lama yang anda lihat di internet.

6. Shinsaibashi Shopping Street

Syurga membeli-belah! Daripada jenama antarabangsa hingga butik tempatan. Waktu malam, lampu neon menjadikan kawasan ini sangat hidup.

7. Universal Studio Japan (USJ)

Tarikan wajib! Dengan zon Harry Potter, Mario World dan Minion Park, USJ sangat sesuai untuk anak-anak dan dewasa.

8. Todaiji Temple

Juga di Nara, Todaiji menempatkan patung Buddha terbesar di Jepun. Warisan budaya UNESCO yang wajib dikunjungi.

9. Kuromon Ichiba Market

Pasar makanan laut dan jalanan paling terkenal di Osaka. Boleh cuba sushi segar, takoyaki dan kuih tradisional Jepun di sini.

10. Nunobiki Herb Garden

Terletak di atas bukit, taman ini menempatkan lebih 75,000 jenis bunga dan herba. Naik ropeway untuk pemandangan Osaka dari atas.

“Tempat menarik di Osaka bukan sahaja visual, tapi juga interaktif dan penuh pengalaman unik.” — Visit Japan

Kesimpulan

Osaka bukan sekadar bandar biasa. Ia adalah destinasi yang kaya dengan sejarah, budaya, makanan dan pengalaman yang tidak boleh anda dapatkan di tempat lain. Jika anda masih tertanya-tanya tentang tempat menarik di Osaka, 10 lokasi yang dikongsikan tadi adalah permulaan yang solid untuk itinerary anda!

Sejak tahun 2015, JomJapan telah membantu lebih 3,000 rakyat Malaysia melancong ke Jepun. Jika anda ingin experience private ke Jepun dan melihat tempat menarik di Osaka, anda boleh dapatkan konsultansi percuma dari kami. Hubungi kami DI SINI.

Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
admin@jomjapan.com