Call

10 Tempat Menarik di Hokkaido: Keunikan Setiap Musim! (Edisi 20025)

Sejak tahun 2023, seiring dengan tamatnya COVID-19, Hokkaido telah mula menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Jepun. Maka timbul persoalan seterusnya iaitu, apakah tempat menarik di Hokkaido? Adakah Hokkaido sama seperti Tokyo dan Osaka dari sudut makanan halal dan wujudnya masjid di sana?

Tidak banyak informasi lokal yang menghuraikan lebih lanjut tentang tempat menarik di Hokkaido sehinggakan wujudnya stigma yang salah hasil carian pramatang di Google seperti:

“Tak banyak tempat menarik kat Hokkaido, kan?” atau “Hokkaido tu macam kampung je…”

Hakikatnya, Hokkaido ialah destinasi yang sedang naik daun dalam kalangan pelancong dari Asia Tenggara terutama untuk mereka yang sukakan alam semula jadi, salji, budaya unik dan tempat bergambar estetik.

Artikel ini akan bantu anda bongkar 10 tempat menarik di Hokkaido yang sesuai untuk sightseeing, bergambar dan sesuai untuk seisi keluarga lengkap dengan data, musim terbaik dan tips berguna. Jangan skip sebab kita akan kongsi lokasi hidden gem yang ramai pelancong terlepas pandang!

“Hokkaido is Japan’s northern treasure — vast, scenic and culturally rich.” – TouristJapan.com

Apa Yang Menarik di Hokkaido?

Hokkaido terkenal sebagai pulau paling utara di Jepun. Berbeza dengan Tokyo atau Osaka, Hokkaido menawarkan pengalaman pelancongan yang lebih tenang dan menyegarkan. Antara tarikannya:

  • Pengalaman onsen tradisional Jepun.
  • Festival musim sejuk seperti Sapporo Snow Festival
  • Foodhunting seafood segar seperti ketam, sashimi, dan jagung bakar.
  • Alam semula jadi yang masih terpelihara (gunung, tasik, taman nasional)

Musim di Hokkaido

Musim Sejuk (Disember – Februari)

Musim sejuk di Hokkaido sangat popular untuk peminat ski dan salji tebal. Tempat seperti Niseko & Furano jadi tumpuan global.

Musim Bunga (Mac – Mei)

Suhu sederhana di Hokkaido pada musim ini.. Anda boleh nikmati bunga sakura di beberapa kawasan seperti Hakodate dan Matsumae Castle sambil berjalan dengan santai.

Musim Panas (Jun – Ogos)

Musim panas di Hokkaido tak sepanas Tokyo. Sesuai untuk melawat ladang lavender di Furano dan festival musim panas. Siang lebih lama berbanding di musim lain dan sesuai untuk foodhunting, shopping & sightseeing.

Musim Luruh (September – November)

Warna daun bertukar merah dan oren di kawasan seperti Daisetsuzan National Park. Cuaca sangat selesa untuk aktiviti luar, bergambar dan sebagainya.

Kenapa Perlu Melancong ke Hokkaido?

Menurut JTB Japan, pelancong antarabangsa ke Hokkaido meningkat lebih 30% sejak 2022. Ini kerana:

  • Cuaca lebih sejuk & selesa
  • Pemandangan luar bandar yang unik
  • Sesuai untuk muslim-friendly travel kerana banyak tempat makan halal
  • Pengalaman budaya Jepun yang asli tanpa terlalu sesak seperti di bandar besar

Waktu Terbaik ke Hokkaido

Ada banyak aktiviti dan offer yang Hokkaido boleh tawarkan kepada anda mengikut musim. Setiap musim ada kelebihan dan aktiviti menarik yang anda boleh experience. Antara waktu terbaik bergantung kepada aktiviti adalah:

  • Ski & snowboarding – Disember hingga Februari
  • Festival sakura & bunga – April & Mei
  • Fotografi alam & hiking – September hingga awal November

Untuk pelancong Malaysia yang ingin pengalaman berbeza dari Tokyo/Osaka, datang antara September hingga Oktober adalah waktu paling ideal.

Tempat Menarik di Hokkaido

1. Lake Toya

Sebuah tasik kaldera yang sangat cantik dengan gunung berapi aktif. Naik ropeway ke Mount Usu untuk view luar biasa!

2. Odori Park, Sapporo

Taman di tengah bandar yang jadi lokasi utama untuk Sapporo Snow Festival setiap Februari. Cantik pada semua musim.

3. Otaru Canal

Tempat wajib untuk bergambar! Terkenal dengan lampu gas antik dan suasana retro Jepun. Lokasi romantik untuk pasangan.

4. Asahiyama Zoo

Zoo paling popular di Hokkaido. Paling ikonik ialah pameran penguin berjalan atas salji setiap musim sejuk!

5. Date Jidaimura

Taman tema samurai zaman Edo. Anda boleh pakai kostum ninja atau samurai dan bergambar dalam perkampungan tradisional Jepun.

6. Ningle Terrace, Furano

Deretan kedai kraftangan kayu di dalam hutan. Waktu malam sangat magical dengan lampu-lampu kuning dan salji tebal.

7. Goryokaku Park, Hakodate

Kubu berbentuk bintang yang kini jadi taman awam. Waktu bunga sakura mekar — ini antara lokasi paling cantik di Jepun!

8. Matsumae Castle

Satu-satunya istana gaya Jepun di Hokkaido. Terkenal sebagai lokasi terbaik untuk tengok bunga sakura pada awal Mei.

9. Shirogane Blue Pond

Tasik berwarna biru turquoise yang sangat fotogenik. Pemandangan jadi lebih ajaib bila musim sejuk atau berkabus.

10. Sapporo Hitsujigaoka

Padang rumput luas dengan patung Dr. William Clark. Ada muzium, tempat makan lamb BBQ dan view gunung.

“Tempat menarik di Hokkaido sangat sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun solo traveler yang sukakan ketenangan.” – Japan.go.jp

Penutup

Kesimpulannya, jika anda mencari tempat menarik di Hokkaido untuk aktiviti santai, bergambar atau merasai Jepun versi sebenar, 10 lokasi yang kami senaraikan ini adalah permulaan terbaik. Hokkaido bukan sekadar tentang salji — ia tentang pengalaman, budaya dan suasana yang tak ada di tempat lain.

Sejak tahun 2015, JomJapan telah membantu lebih 3,000 rakyat Malaysia melancong ke Jepun. Jika anda ingin experience private ke Jepun dan melihat tempat menarik di Hokkaido, anda boleh dapatkan konsultansi percuma dari kami. Hubungi kami DI SINI

Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
admin@jomjapan.com