Call
Proses Imigresen dan Kastam Ketika Memasuki Jepun

Melancong ke Jepun sudah tentu akan memberi pengalaman yang takkan dilupakan. Pemandangan yang menarik dan budaya yang pelbagai di sana pastinya memberi kelainan kepada setiap orang. Sebelum melancong ke Jepun dari Malaysia, terdapat beberapa langkah dan keperluan yang perlu anda tahu dan patuh.-

1- Passport :

Sila pastikan passport anda (tidak tamat tempoh) sah sepanjang percutian anda. Sila perbaharui passport jika tarikh tamat tempoh kurang dari 6 bulan.

2- Visa :

Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk melancong ke Jepun. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia akan diberikan visa di pintu masuk Jepun. Visa ini dipanggil "Visa On Arrival".

3- Beli tiket penerbangan :

Anda hanya perlu membeli tiket penerbangan berdasarkan tarikh pelancongan anda.

4- Insurans perjalanan :

Bukanlah suatu perkara yang wajib untuk mengambil insurans perjalanan setiap kali bercuti. Tetapi adalah dinasihatkan untuk mengambil insurans perjalanan sebagai langkah berjaga-jaga (jika terlibat dengan kemalangan atau kesihatan) sepanjang percutian di Jepun.

5- Dokumen sokongan :

Untuk melancarkan percutian anda, pastikan anda telah sediakan siap-siap salinan dokumen sokongan. Contohnya salinan slip penginapan yang telah anda tempah, salinan itinerari, tiket train, tiket masuk taman tema dan membawa wang yang mencukupi sepanjang percutian. Dokumen tersebut berkemungkinan akan ditanya dan ingin dilihat oleh pegawai imigresen semasa tiba di lapangan terbang nanti.

6- Imigresen :

Sampainya di Jepun, anda akan melalui kaunter imigresen pemeriksaan. Pastikan anda telah melengkapkan "landing card" dan sebarang borang imigresen yang diberikan.

--> borang boleh ambil dan isi disitu juga
--> kemudian scan kedua jari telunjuk dan tangkap gambar
--> tidak boleh memakai spek dan mask sewaktu gambar ditangkap
--> kalau guna Visit Japan app, hanya tunjuk QR code, tak perlu isi borang lagi

7- Ambil bagasi :

Pastikan anda tidak lupa untuk mengambil bagasi masing-masing di ruang tuntutan bagasi sebelum ke kaunter pemeriksaan kastam.

8- Kastam :

Anda perlulah mengisi borang custom and declare, scan passport dan tangkap gambar. Sekarang lebih mudah kerana anda boleh register dan isi borang berkaitan imigresen dan kastam terbabit secara online sahaja. Selesai register secara online, anda akan dapat 2 QR code iaitu satu untuk imigresen dan satu lagi untuk kegunaan di kaunter kastam. Nak tahu lebih lanjut boleh refer pada artikel ini https://jomjapan.com/articles/cara-menggunakan-aplikasi-visit-japan

9- Balai ketibaan

Setelah selesai melalui kaunter imigresen, kastam dan mengambil bagasi, anda akan keluar melalui balai ketibaan. Nikmatilah percutian anda di Jepun!

Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
admin@jomjapan.com