Call

12 Makanan Jepun Halal Yang Anda Wajib Cuba (Edisi 2025)

Isu makanan halal sentiasa menjadi cabaran buat rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara khususnya Jepun sejak dulu. Ramai rakyat Malaysia yang pertama kali melancong ke Jepun akan berdepan masalah mencari makanan Jepun halal. Ditambah lagi dengan restoran terkemuka di Tokyo yang hanya berstatus “Mesra Muslim” tanpa ada logo halal menjadikan syak wasangka rakyat Malaysia lebih menebal.

Boleh ke aku makan makanan Jepun di sini? Halal ke? Tapi ramai orang pakai tudung makan di sini.

Walaupun Jepun terkenal dengan keindahan budaya, kecanggihan teknologi dan keramahan penduduknya, isu makanan Jepun halal masih menjadi cabaran besar buat pelancong Muslim. Ini bukan sekadar soal makanan – ia soal pegangan agama, kepercayaan dan kepercayaan diri untuk menikmati percutian tanpa was-was.

Dan inilah realitinya – tidak semua makanan tradisional Jepun mesra Muslim. Banyak restoran masih menggunakan bahan seperti mirin (arak manis), daging tidak disembelih cara Islam, atau sup asas yang diperbuat daripada khinzir.

Baca: 7 Perbezaan Budaya Orang Jepun vs Malaysia (LENGKAP)

Namun begitu, trend sejak tahun 2025 menunjukkan wujud banyak restoran Jepun dengan status halal di bandar-bandar utama seperti Tokyo, Kyoto, Osaka dan Nagoya! Menurut laporan terkini dari Tourism Japan, jumlah restoran halal di Jepun meningkat lebih 30% sejak 2020, sejajar dengan pertambahan pelancong Muslim, khususnya dari Asia Tenggara.

Dalam artikel ini, kami akan bantu anda:

  • Tahu lokasi dan tips cari restoran mesra Muslim
  • Bezakan mana yang halal dan mana yang syubhah
  • Kenal pasti makanan Jepun halal yang boleh dimakan tanpa ragu

Permintaan terhadap makanan Jepun halal semakin meningkat setiap tahun, terutamanya dalam kalangan pelancong Muslim dari Asia.” – Japan National Tourism Organization (JNTO)

Cabaran Makanan Jepun Halal

Salah satu cabaran utama di Jepun ialah penggunaan bahan-bahan tersembunyi yang tidak halal. Contohnya, Dashi (stok sup) diperbuat daripada bonito (ikan) tetapi selalunya dicampur mirin atau sake.

Buat pengetahuan anda, soy sauce yang digunakan majoriti restoran di Jepun kebiasaannya mengandungi alkohol dan tiada pelabelan halal di kebanyakan kedai tempatan. Lebih mencabar lagi, ramai peniaga Jepun tidak memahami konsep halal. Orang Jepun acap kali beranggapan, makanan vegetarian; halal, sedangkan ia bukan semestinya benar.

Sijil Halal di Jepun

Untuk info, Jepun kini mempunyai beberapa badan pensijilan halal seperti:

1. Japan Halal Association (JHA)
2. Japan Muslim Association (JMA)
3. Nippon Asia Halal Association (NAHA)

Namun, pensijilan ini masih belum diwajibkan secara menyeluruh oleh kerajaan Jepun. Oleh itu, pelancong Malaysia Muslim perlu tahu membaca label atau bertanya terus kepada staf restoran.

Data dari Japan Tourism Statistics melaporkan, 1.2 juta pelancong Muslim memasuki Jepun pada tahun 2024. Ini menjadi pendorong utama peningkatan restoran dengan sijil halal.

Cara Beza Makanan Halal vs Non-Halal

Jika anda ingin makan di restoran Jepun, salah satu cara untuk pastikan makanan itu halal adalah dengan elak makanan dengan bahan alkohol, pilih makanan vegetarian & ikan dan guna aplikasi semak hala.

Elak Makanan Dengan Bahan Alkohol

Elakkan makanan dengan mirin, sake, atau bahan alkohol sebelum memesan makanan sewaktu anda melancong di Jepun.

Makanan Vegetarian & Ikan

Anda digalakkan memilih makanan berasaskan sayur dan ikan tanpa sos yang mencurigakan dan bercampur dengan minyak khinzir dan arak.

Guna Aplikasi Halal

Sepanjang trip ke Jepun, sila gunakan aplikasi seperti Halal Navi, Happy Cow, atau Google Reviews (filter halal) untuk menyemak status halal dan mencari makanan Jepun halal.

12 Makanan Jepun Halal Yang Anda Wajib Cuba (Edisi 2025)

1. Oden

Sup berasaskan dashi dengan telur, lobak putih, tofu dan konjac. Di restoran halal, stok dashi diganti dengan sup sayur atau ikan tanpa alkohol.

Oden

2. Gyoza

Ladu Jepun yang biasanya berisi ayam, kobis dan bawang putih. Versi halal selalunya tidak mengandungi khinzir dan digoreng tanpa minyak bercampur.

Gyoza

3. Bento

Kotak makan tengah hari yang lengkap. Ada versi halal di stesen-stesen kereta api utama seperti Tokyo Station dan Kyoto Station. Isi biasanya nasi, ayam teriyaki halal dan salad.

Bento

4. Ramen

Ramen adalah makanan yang sangat popular di Jepun. Cari Halal Ramen Honolu di Osaka atau Tokyo – mereka guna sup ayam, bukan tonkotsu (khinzir). Tiada alkohol dalam tare atau miso.

Ramen

5. Matsuri Food

Ketika festival, banyak gerai jual takoyaki, okonomiyaki dan yakitori. Pilih yang ada label halal atau tanya bahan asas.

Matsuri Food

6. Tempura

Sayur dan makanan laut yang digoreng. Untuk versi halal, pastikan tiada penggunaan batter mengandungi telur dari sumber tak sah.

Tempura

7. Onigiri

Nasi berbentuk segitiga dengan inti. Pilih ume (plum), kombu (rumpai laut) atau shiozake (ikan salmon masin) – biasanya halal dan mudah didapati di 7-Eleven.

Onigiri

8. Sup Miso

Pastikan miso yang digunakan tidak dicampur dashi ikan bonito. Di restoran halal, sup miso dibuat dari sup sayur dan miso organik.

Sup Miso

9. Kari Jepun

Berbeza dari kari India. Lebih pekat, kurang pedas. Versi halal seperti Coco Ichibanya Halal Curry House boleh didapati di Akihabara, Tokyo.

Kari Jepun

10. Tamagoyaki

Telur gulung Jepun. Versi halal bebas mirin, hanya guna gula, garam dan telur. Ringkas tapi lazat!

Tamagoyaki

11. Yasai Itame

Sayur goreng gaya Jepun. Pasti halal jika hanya gunakan minyak sayuran dan tiada sos beralkohol.

Yasai Itame

12. Okonomiyaki

Pancake Jepun dengan sayur, tepung dan telur. Versi halal tersedia di restoran seperti Sekai Cafe Asakusa.

Okonomiyaki

Baca: 13 Makanan Tradisional Jepun Yang Halal Anda Wajib Cuba

Tips Cari Makanan Jepun Halal

1. Gunakan Aplikasi Halal

Muat turun Halal Navi, Muslim Pro, dan Google Maps. Banyak restoran halal disenaraikan dengan ulasan pengguna Muslim.

2. Lawati Kawasan Mesra Muslim

Bandar seperti Tokyo, Osaka dan Kyoto kini mempunyai kawasan mesra Muslim – dengan masjid dan restoran halal. Contohnya, Asakusa (Tokyo) dan Namba (Osaka).

3. Gunakan Perkhidmatan Travel Muslim-Friendly

Agen seperti JomJapan.com tawarkan itinerari halal-friendly termasuk tempat makan, penginapan dan pengangkutan.

4. Belajar Frasa Jepun Berkaitan Halal

Contoh:
Kore wa haramu desu ka?” : Adakah makanan ini haram?
Watashi wa hararu shokuhin wo sagashiteimasu.” : Saya cari makanan halal.

The demand for Halal Japanese food is growing as Muslim travelers become a key part of Japan’s inbound tourism strategy.” – Japan Government Tourism Office

Kesimpulan

Jepun memang syurga makanan, tapi kalau anda Muslim, anda perlu merancang dengan lebih teliti. Akan tetapi, dengan peningkatan restoran Jepun halal dan produk makanan Jepun halal di seluruh Jepun, kini anda boleh makan tanpa rasa takut dan bersalah.

Kami di JomJapan memastikan semua pelancong yang melancong ke Jepun akan makan di restoran Jepun yang sedap & halal. Anda tiada isu cari makanan Jepun halal kerana tour guide Malaysian kami berpengalaman lebih 10+ tahun menguruskan trip dari Malaysia ke Jepun. Book trip ke Jepun anda dengan kami sekarang.

Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
admin@jomjapan.com