Tempat Menarik Di Akihabara

10th January 2020

by nadhir

Akihabara

Akihabara Crossing

Pengenalan & Sejarah!

Akihabara (juga disebut Akiba) merupakan sebuah daerah di tengah-tengah bandaraya Tokyo yang terkenal dengan ratusan kedai barangan elektronik hingga ianya dikenali sebagai "Tokyo's Electric Town". Boleh dikatakan segala barangan elektronik yang anda cari dapat dijumpai disini.

Kini, ianya juga terkenal bagi pusat penggemar tegar (diehard fan) bagi budaya "Otaku" di Jepun. "Otaku" seringkali merujuk kepada penggemar tegar anime dan manga yang kininya sedang menular di seluruh kedai-kedai elektronik di daerah ini. Akihabara juga digelar "Gamer's Mecca". Jalan utama yang terkenal di tengah-tengah Akihabara pula dikenali sebagai Chuo Dori.

Kian hari, Akihabara melalui proses naik taraf serta perkembangan bandar termasuklah stesen kereta api Akihabara yang akan dibesarkan serta akan dibina bangunan-bangunan baru yang terus dihubungkan dengan stesen tersebut. Yang terbaru ialah Pusat Elektronik Yodobashi serta Akihabara Crossfield yang dibuka bertujuan mempromosikan Akihabara sebagai pusat teknologi dan perdagangan elektronik yang bertaraf global.

Apa Yang Menarik?

text

Dua tarikan utama di Akihabara ialah barangan elektronik serta barangan Otaku. Terdapat beratus-ratus kedai yang menjual barangan elektronik di sini, bermula dari sekecil-kecil komponen elektronik, hinggalah sebesar-besar barangan elektronik.

Kedai-kedai tersebut boleh didapati di Chuo Dori street yang merupakan jalan utama di Akihabara, serta jalan-jalan disekitarnya. Senarai barangan yang dijual disini termasuklah komputer, kamera, televisyen, telefon bimbit, barangan komponen elektronik, kelengkapan elektronik di rumah seperti kipas dan cerek, juga termasuk barang-barang elektronik terpakai. Sekiranya anda orang yang sentiasa "up-to-date" bagi barangan eletronik, disini adalah syurga bagi anda!

Selain itu, disini juga terdapat kedai-kedai yang mempunyai cawangan di sekitar daerah lain di Jepun, seperti Sofmap dan Laox. Kedai-kedai besar seperti ini biasanya terdapat di jalan utama (Chuo Dori), dan kedai-kedai yang lebih kecil biasanya terdapat di jalan-jalan sekitarnya.

Kedai bebas cukai (tax free shops) juga menjadi tarikan bagi pelancong yang datang ke sini. Antara kelebihan kedai seperti ini ialah ianya menjual barangan yang juga dijual di negara-negara lain. Ini penting kerana sesetengah barangan elektronik yang dijual disini mempunyai voltage yang berbeza. Jadi sebelum anda membeli, pastikan barangan tersebut sesuai untuk digunakan di Malaysia.

Antara pusat-pusat elektronik yang terdapat disini ialah Sofmap (12 kedai di seluruh Akihabara termasuk menjual barangan Apple, barangan komputer, kamera, CD dan software), Laox (3 kedai di seluruh Akihabara termasuk kedai bebas cukai Main Store dan Pocket Plus One, serta cawangan Musicvox dan Asobitcity yang khusus untuk barangan muzik serta permainan video), Yamada Denki (khusus barangan komputer atau barangan elektrik di rumah), Akky (2 kedai di seluruh Akihabara khusus barangan bebas cukai seperti kamera, komputer, televisyen, DVD dan software serta barangan refurbished), Yodobashi Camera (giant electronic store) serta Akihabara Crossfield (pejabat, showroom, kedai dan restoran).

Anime

Budaya Otaku juga mempengaruhi suasana di Akihabara jadi perkembangan budaya tersebut sedikit sebanyak telah merubah bandar Akihabara dari masa ke masa, sesuai dengan perkembangan Otaku. Terlalu banyak kedai-kedai disini yang khusus menjual barangan anime, manga serta permainan video yang berkaitan sehingga Akihabara sering dirujuk sebagai pusat Otaku di Jepun.

Selain daripada kedai, banyak lagi tarikan yang berasaskan anime telah berkembang disini seperti kafe-kafe yang mempunyai pelayan yang seakan-akan menjadi karakter dalam filem-filem anime, ataupun pusat-pusat internet dimana pelanggan boleh membaca komik serta menonton DVD selain menggunakan internet di kedai tersebut.

text

Antara tarikan Otaku ialah Maid Cafes (cosplay themed restaurant serta berbual dan bermain permainan video yang berkaitan anime), Don Quijote (groceries, barangan mainan, fashion goods), Radio Kaikan (K-Books, Kaiyodo, Volks - barangan elektronik dan barangan berkaitan anime), Super Potato (permainan video, video consoles dan aksesori), Gamers (filem, permainan video, CD, alat tulis, software, barangan karakter anime), Mandarake (manga, figurines, alat patung, poster, CD, alat permainan serta barangan berkaitan manga), Tsukumo Robot Kingdom (barangan berkaitan robot termasuk DIY robot), Gundam Cafe (barangan berkaitan Mobile Suit Gundam anime series), serta AKB48 Cafe and Shop (themed restaurant - AKB48).

Akses

Dari stesen Tokyo, stesen Akihabara hanya 2 stesen ke arah utara dari stesen ini melalui JR Yamanote atau Keihin-Tohuku Line. Perjalanan mengambil masa 3 minit dengan kadar bayaran 140 yen. Sekiranya anda menggunakan Keihin-Tohuku Line, kereta api tidak berhenti di antara stesen Tokyo dan Akihabara pada hari bekerja.

Dari stesen Shinjuku, ambil JR Chuo Line menuju stesen Ochanomizu (perjalanan sekitar 10 minit) dan tukar ke JR Sobu Line dan turun di stesen Akihabara. Ataupun sekiranya menggunakan kereta api yang berwarna kuning, anda boleh terus menaikinya dari Shinjuku menuju Akihabara. Kadar bayaran 170 yen, sekitar 12-17 minit.

Makanan Halal

text

Antara restoran yang menyediakan makanan halal ialah Akihabara Star Doner Kebab (Take Away) yang menyediakan menu turkish kebab, atau** CoCo Ichi Curry House of Akihabara** yang menyediakan makanan Jepun. Kedua-dua restoran ini dapat dituju menggunakan applikasi Halal Navi.

Tempat Solat

Terdapat ruangan solat di pasar raya LAOX, berada di tingkat 7 bangunan tersebut. Disini juga ada dijual cenderahati halal. Bangunan ini terletak hanya 2 minit dari JR Akihabara electronic town exit.

####Rujukan
https://www.japan-guide.com/e/e3003.html
http://www.halalmedia.jp/
https://www.halalnavi.com
https://www.halalnavi.com

jomjapan.com is a product of
Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
+603-2856 8464
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
+8150 5532 2124
admin@jomjapan.com