Tempat Wajib Pergi di Jepun Untuk Peminat Kuching

5th August 2019

by Azura

Kucing adalah antara haiwan yang paling disayangi oleh semua individu di seluruh dunia. Masyarakat Jepun telah hidup dengan kucing selama berabad lamanya malah, hasil daripada sejarah itu lahirnya sebuah kafe yang dinamakan Cat-Cafe. Kafe ini menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat dan di samping itu juga, banyak kedai-kedai yang menjual barangan berkaitan dengan kucing yang patut anda kunjungi di sekitar Jepun jika anda adalah seorang pencinta kucing. Ikuti entri ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kucing-kucing comel di Jepun! Lebih daripada 1000 tahun dahulu, orang-orang atasan di Jepun menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan.

Antara bukti yang menunjukkan keharmonian kehidupan manusia dan kucing ialah dengan munculnya ratusan malah ribuan hasil-hasil seni masyarakat tempatan yang menjadikan kucing sebagai subjek utama. Sekitar tahun 1868 sehingga 1912, novelis terkenal Soseki Natsume menulis sebuah novel bertajuk I Am a Cat di mana hasil karya ini telah menjadi hasil karya yang popular dalam dunia kesusasteraan Jepun.

Ini adalah tempat-tempat yang wajib dikunjungi oleh para pencinta kucing apabila melancong ke Jepun!

####1. SANRIO PUROLAND
Sanrio Puroland
Pada masa ini, anda boleh melihat contoh-contoh hasil karya lain yang mengetengahkan kucing sebagai subjek utama seperti Hello Kitty. Hello Kitty telah menjadi karakter ikonik yang digemari oleh golongan wanita tidak mengira usia dan karakter ini sememangnya telah terkenal di seluruh dunia. Hello Kitty telah menjadi wajah utama bagi sebuah syarikat Jepun, Sanrio.

Sanrio Puroland adalah tempat khas bagi peminat-peminat tegar Hello Kitty dan rakan-rakannya. Anda boleh bersiar-siar dan bertemu dengan watak-watak Sanrio, menyertai pertunjukan yang dilangsungkan, mengambil puluhan gambar untuk dimuatnaik ke laman Instagram anda di seluruh taman tersebut. Taman tema ini mula dibuka pada Disember 1990 di Tama Center, bahagian Barat Tokyo. Semenjak pembukaannya, taman yang berkeluasan 500 000 persegi ini telah menerima seramai 1.5 juta pengunjung setiap tahun. Harga tiket pada hari bekerja ialah 3,300 yen untuk dewasa dan 2,500 yen untuk kanak-kanak. Manakala, pada hujung minggu pula tiket berharga 3,800 yen untuk dewasa dan 2,700 yen untuk kanak-kanak. Kemasukan PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah.

2. CAT CAFE

Cat Cafe Calico
Cat Cafe atau juga dikenali sebagai Neko Cafe adalah kafe-kafe yang membolehkan para pelanggan untuk bermain dengan kucing-kucing yang berlegar di dalam kawasan kafe. Kafe seperti ini boleh didapati di kebanyakkan bandar-bandar utama di Jepun dan kebiasaannya kafe seperti ini terletak di bahagian tingkat atas dan bukannya berada di tepi jalan. Pembukaan kafe ini telah bermula sejak beberapa tahun lepas dan telah berjaya menarik ramai pelancong tidak kira dari dalam mahupun luar negara. Anda tidak perlu membuat tempahan sebelum datang tapi elok juga jika anda menghubungi pihak kafe terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan semasa di kafe tersebut. Hal ini perlu dipertimbangkan jika anda bercadang untuk melawat kafe yang popular. Perlu diingat, hanya pelanggan yang berumur 13 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan masuk.

Sepanjang berada di kafe ini, terdapat beberapa peraturan yang perlu anda patuhi. Anda dibenarkan untuk membelai haiwan comel ini tapi anda dilarang untuk mendukung mereka. Anda hanya boleh mengangkat atau mendukung kucing-kucing ini jika ia datang kepada anda dengan sendirinya. Anda tidak dibenarkan untuk memberikan makanan luar kepada kucing-kucing di sini. Anda juga bebas mengambil gambar tapi pastikan flash kamera anda sudah ditutup terlebih dahulu.

#####Senarai Cat Cafe Popular di Tokyo:

  1. Cat Café Calico in Shinjuku
  2. Neko JaLaLa in Akihabara
  3. Nyanny in Akihabara
  4. MoCHA in Shibuya
  5. MoCHA in Harajuku
  6. MONTA in Asakusa
  7. Asakusa Nekoen
  8. Cat Café Cateriam in Shimokitazawa

####3. The Tama Train
Tama Train
Yes, you read it right. Ketua stesen ini adalah seekor kucing. Tama-chan telah menjadi semakin popular dari masa ke masa sehinggalah lokasi ini menjadi tempat tarikan para pelancong.

Tren ini beroperasi daripada platform 9 dari Wakayama Station di sepanjang laluan Nankai ke Kishi train station dan perjalanan mengambil masa selama 30 minit. Sebenarnya, Tama telah bersara dan digantikan oleh NiTama (second Tama). Bahagian dalam tren ini mempunyai dekorasi yang amat comel dan sesuai untuk menjadi santapan mata bagi para pencinta kucing. Anda akan terlupa sebentar yang anda sebenarnya sedang berada di dalam tren dan bukannya di dalam cat cafe. Untuk makluman lanjut untuk mengetahui jadual perjalanan tren, anda boleh merujuk pada lamanweb ini.

####4. Kishi Station
Kishi Station
Terdapat banyak perkara menarik yang ada di sini. Reka bentuk stesen ini dibina menyerupai bentuk kucing dan keunikan reka bentuk ini menyebabkan ramai pelawat ingin mengambil gambar di hadapan stesen ini. Selain itu, di bahagian dalam stesen ini juga mempunyai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi antaranya Tama Cafe, Tama Waiting Room dan juga Tama Museum.

MAKLUMAT TAMBAHAN:
Bayaran untuk tren: 370 yen (sehala) 720 yen (day pass)
Waktu operasi:
-Tama Cafe: 9:00-17:00 (Ditutup setiap Rabu)
-Tama Waiting Room: 9:00-17:30
-Nitama on duty: 10:00-16:00 (Day of Wednesday and Thursdays)
Waktu beroperasi ini boleh berubah-ubah, sila rujuk laman web tertera:
http://www.wakayama-dentetsu.co.jp/en/

jomjapan.com is a product of
Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
+603-2856 8464
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
+8150 5532 2124
admin@jomjapan.com