Lokasi Penggambaran J-Drama di Jepun

25th July 2019

by Afifah

Entri kali ini, kami senaraikan beberapa lokasi penggambaran J-Drama di Jepun. Pasti ramai peminat J-Drama teringin melawat tempat yang dipaparkan dalam drama. Mungkin anda dapat masukkan tempat-tempat ini dalam itinerary trip anda?

1 LOCKHEART CASTLE

Lokasi Lockheart Castle di Gunma Prefecture terpaparkan dalam banyak J-Drama popular seperti “Yukan Club”, “Yama Nadeshiko Shichi Henge”, “Kaibutsu” atau “Atashinchi no Danshi”. Ramai pasangan yang datang sini untuk penggambaran wedding juga sebab lokasi nya cantik!
Bayaran masuk ke sini adalah 1,000 yen untuk dewasa. Harga mungkin berbeza mengikut masa, boleh semak di laman web Lockheart Castle. Tiada akses pengangkutan awam ke sini, anda sebaliknya boleh naik teksi dari stesen Numata (kira-kira 15 minit, 2500-3000 yen satu arah).

Lockheart Castle
Lockheart Castle

E-map Lockheart Castle
E-map Lockheart Castle

drama Yukan Club
Dari drama Yukan Club

2 EBISU GARDEN PLACE

Siapa peminat drama popular “Hana Yori Dango” di sini? Scene drama sedih dan terharu tengok pelakon utama Matsumoto Jun dalam kehujanan tunggu cinta hatinya di Marionette Clock Square, Ebisu Garden Place. Berbaloi datang ke sini sebab tempatnya luas dan sangat cantik. Anda boleh ambil train turun di stesen Ebisu dan jalan kaki dalam lebih kurang 10 minit ke sana.

Ebisu Garden
Ebisu Garden Place

Clock Square
Clock Square

drama Hana Yori Dango
Dari drama Hana Yori Dango

3 YONAGUNI ISLAND, OKINAWA

Antara J-Drama popular tak lain lagi kalau bukan drama “Dr Kotō Shinryōjo”. Drama ini memaparkan cabaran bagi seorang doktor dengan kekurangan kelengkapan perubatan di klinik di pulau kecil. Lokasi penggambaran drama ini sangat cantik. Jika anda bukan peminat drama ini, masih disarankan untuk melawat pulau ini kerana keindahan alam semulajadi nya yang berbeza berbanding bandar-bandar lain di Jepun. Cara nak pergi ke sini sama ada naik flight atau feri.
Flight:
Naha airport -> Yonaguni airport - ambil masa 90 min
Ishigaki airport -> Yonaguni airport - ambil masa 30 min
*Perubahan mungkin berlaku, jadi sentiasa semak dengan airlines.
Feri:
Ishigaki Port / Fukuyama Kaiun Ferry Terminal -> Kubura Port (Yonaguni island)

  • ambil masa 4jam.
    *Hanya beroperasi pada hari Selasa dan Jumaat.

Yonagun
Kuda-kuda Yonaguni

piramid tenggelam
Menyelam di tempat piramid tenggelam

drama Dr Kotō Shinryōjo
Dari drama Dr Kotō Shinryōjo

Minnasan, apa lokasi J-Drama menarik yang anda ingin tahu? Bagi peminat J-Drama yang mencari lokasi penggambaran untuk drama kegemaran, boleh cari di database drama. Ianya mengandungi semua maklumat tentang J-Drama dalam bahasa Jepun, anda hanya perlu translate sahaja di chrome. Selamat melancong ke Jepun :)

Semua gambar di ambil dari google.com

jomjapan.com is a product of
Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
+603-2856 8464
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
+8150 5532 2124
admin@jomjapan.com