Kimono Ada Macam-macam Jenis?

12th July 2019

by Natasha

Setiap negara pasti mempunyai pakaian tradisional mengikut negara tersendiri. Begitu juga di Jepun, kimono merupakan pakaian tradisional di negara itu. Pemakaian Kimono ini bermula sejak Zaman Pertengahan sehinggalah ke hari ini. Masyarakat di Jepun akan memakai Kimono apabila terdapat majlis - majlis tertentu, juga di istana, pemakaian ini dikira wajib dipakai di istana bagi melambangkan adat dan satu - satunya pakaian tradisional Jepun. Kimono ini bukan hanya satu jenis sahaja, tetapi banyak jenis Kimono yang dipakai oleh orang Jepun mengikut jantina lelaki dan perempuan.

Kimono bagi kaum lelaki :

Montsuki

text

Montsuki adalah kimono yang paling formal bagi kaum lelaki. Kimono ini mempunyai lambang keluarga ataupun dipanggil Kamon di bahagian punggung kimono tersebut. Warna hitam dan juga biru tua adalah antara warna bagi kimono Montsuki ini.

Kinagashi

text

Biasanya dipakai oleh kaum lelaki ketika santai sahaja dan tidak dipakai pada acara - acara atau hari - hari yang rasmi.

Kimono bagi kaum perempuan pula :

Tomesode

text

Tomesode adalah pakaian formal yang dipakai oleh kaum wanita yang sudah berkahwin. Biasanya tomesode ini dipakai kaum wanita apabila menghadiri majlis seperti resepsi perkahwinan serta upacara rasmi yang lain. Ciri khas pada tomesode ini adalah bermotif indah yang terdapat di “suso” iaitu bahagian bawah sekitar kaki dan mempunyai lambang keluarga di tiga bahagian, antaranya bahagian punggung, dada dan belakang lengan pakaian tersebut.

Furisode

text
(Sumber: wafuku.me)

Berlainan pula dengan tomesode, furisode adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh gadis yang belum berkahwin. Ciri furisode adalah lengan yang lebar dan terjuntai sehingga ke bawah. Corak dan warna yang sangat cerah boleh menarik pandangan mata orang ramai apabila melihat kimono tersebut. Furisode biasanya digayakan ketika menghadiri upacara Seijin Shiki (Hari Menjadi Dewasa), majlis resepsi perkahwinan dan mengunjungi kuil Shinto di hari - hari awal Tahun Baru, Hatsumode.

Homogi

text

Kebiasaannya ia dipakai oleh kaum wanita yang sudah berkahwin ataupun yang belum berkahwin (andartu). Homogi dipakai apabila menghadirkan diri di majlis perkahwinan, upacara Tahun Baru, acara rasmi juga acara minum teh.

Tsukesage

text

Tsukesage adalah kimono semi formal yang digunakan oleh kaum wanita yang sudah ataupun belum berkahwin. Ianya lebih kurang seperti Homogi tetapi tidak terdapat lambang keluarga pada kimono tersebut. Sama seperti Homogi, tsukesage boleh digunakan juga ketika hadir ke majlis perkahwinan serta upacara minum teh.
Iromuji

Merupakan kimono semiformal, tetapi boleh juga menjadi formal apabila terdapat lambang keluarga(kamon) pada kimono tersebut. Ciri warna kimono ini tidak terlalu terang dan hanya terdapat warna yang lembut sahaja seperti, biru muda, merah jambu dan warna - warna lembut lain. Iromuji boleh dipakai ketika majlis pernikahan sekiranya terdapat lima lambang keluarga (kamon) di kimono ini. Jika tiada lambang keluarga, hanya boleh dipakai ketika upacara minum teh sahaja.

Komon

text

Jenis kimono ini adalah kimono santai yang digayakan oleh wanita yang belum ataupun sudah berkahwin. Ciri khas kimono adalah corak sederhana kecil yang berulang - ulang. Wanita di Jepun akan menggayakan Komon ketika mereka berjumpa rakan - rakan, majlis alumni, makan malam dan melihat pertunjukan.

Terdapat satu lagi jenis kimono yang dipakai oleh lelaki dan perempuan :

Yukata

text
(Sumber: livingnomads.com)

Yukata merupakan pakaian kasual yang dipakai ketika musim panas. Yukata sebenarnya bermaksud pakaian mandi walaupun penggunaannya tidak terhad kepada pakaian selepas mandi. Pada mulanya ia digunakan sebagai jubah mandi, tetapi pada masa ini, ianya dipakai hanya pada musim panas. Kimono ini dibuat dengan lengan yang lebar. Sedikit perbezaan yukata lelaki dan perempuan adalah lengan yukata lelaki lebih pendek kira - kira 10 cm dari paras ketiak, manakala yukata perempuan, lengan yukata tersebut lebih panjang kira - kira 20 cm.

jomjapan.com is a product of
Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
+603-2856 8464
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
+8150 5532 2124
admin@jomjapan.com