Bagaimana Covid-19 di Jepun?

8th April 2020

by Nadhir

Apa orang jepun buat masa covid-19

japan covid

Sekarang ini di seluruh negara hangat dengan isu Covid-19. Tapi bila tengok Jepun mereka masih lagi keluar bekerja seperti biasa namun setiap individu mengamalkan langkah pencegahan yang tinggi. Sedikit sebanyak wabak Covid-19 ini juga memberi impak yang besar kepada psikologi dan social orang Jepun.

Antara contoh impak psikologi ialah orang ramai cepat panik dan melakukan "panic buying" sehinggakan sarung tangan, topeng penutup mulut dan tisu tandas habis di kebanyakan kedai. Impak social pula kita dapat lihat bahawa banyak sekolah dan universiti telah ditutup sekarang kerana bimbang dan risau akan terkena jangkitan.

Apabila rakyat semua dah mula duduk rumah dalam masa yang lama menyebabkan ada saja telatah dan karenah yang lucu di tayangkan di media sosial seperti memuat naik memes lucu, Tiktok, thread di Twitter dan lain-lain yang berhubung kait dengan isu wabak covid-19 sekarang ini.

Tidak kurangnya bagi rakyat Jepun yang sama-sama mengharungi wabak Covid-19 ini. Mari kita tengok telatah dan karenah lucu yang mereka muat naik kan.

Bukan sahaja di Malaysia malah Jepun juga terkilan kenapa tidak dapat duit dari kerajaan.
terkilan tak dapat duit

Salah seorang orang Jepun memuat naik gambar Hotel-hotel di Malaysia yang juga menyokong usaha PKP/MCO.
hotel support PKP

Di Jepun, apabila anda membuat kesilapan pada dokumen penting, mereka akan meminta anda garis potong dan membetulkannya, kemudian tambahkan setem peribadi anda untuk menunjukkan anda membenarkan pindaan itu.

Ban Olympic 2020

Akibat daripada wabak Covid-19 semakin membimbangkan kini, salah seorang pengguna Twitter dari Jepun bercadang kita melakukan hal yang sama ke logo 2020 (dengan setem kelulusan oleh Abe dan Koike di atas)

jomjapan.com is a product of
Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
+603-2856 8464
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
+8150 5532 2124
admin@jomjapan.com