Cegah dari Jangkitan Coronavirus (NCoV) ketika sedang Travel

24th February 2020

by Nadhir

Cegah dari Jangkitan Coronavirus (NCoV) ketika sedang Travel

Kini satu dunia hangat dengan isu Coronvirus (NCoV) ini hingga memberi impak yang agak besar kepada industri perlancongan.
Oleh itu, Isu langkah pencegahan harus diperketatkan di Malaysia dan rakyat harus berwaspada terhadap jangkitan berbahaya ini, yang boleh dijangkiti menerusi sistem pernafasan.
Bagi yang sedang melancong atau bakal melancong ke mana-mana negara yang sedang mengalami jangkitan virus maut ini, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan serius.

Macam Mana Nak Lindungi Diri?

  • Cuci tangan selama 20 saat bersama sabun dan air. Kamu harus cuci tangan dengan kerap. Sanitizer beralkohol boleh digunakan untuk mencuci tangan sebagai ganti sabun dan air.
  • Sanitizer beralkohol seperti Purell juga boleh membantu membersihkan tangan dan persekitaran kamu.
  • Elak menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak di cuci.
  • Duduk di rumah jika kamu sakit.
  • Tutup mulut apabila kamu batuk atau bersin dengan menggunakan tisu dan kemudian buang tisu tersebut ke tong sampah.
  • Kerap bersihkan dan desinfektan barang-barang atau objek sekeliling kamu.

PERHATIAN!! Yang Sedang Travel Atau Baru Merancang, patuhi langkah perlindungan ini.

Jika anda tetap ingin meneruskan perjalanan, maka apa yang kamu perlu lakukan adalah:

  • Sentiasa memakai topeng semasa melancong
  • Kerap mencuci tangan
  • Pastikan sanitizer sentiasa ada dalam poket atau beg anda
  • Plak dari mendekati orang yang sakit semasa mengembara.

Kepada yang sedang Travel, Bro JJ akan mendoakan anda dapat pergi dan pulang dengan selamat.

jomjapan.com is a product of
Asuma Travel Sdn Bhd
Company No : 1310173-P
15-1A, Jalan Pandan 3/10, Pandan Jaya
55100 Kuala Lumpur, Malaysia
+603-2856 8464
hello@jomjapan.com
JomJapan株式会社 [JomJapan Inc.]
Company No : 30106-01-055959
Level 9, Building B, Ariake Frontier Building,
3-7-26, Ariake, Koto-ku, Tokyo
〒135-0063
東京都江東区有明3-7-26
有明フロンティアビルB棟9階
+8150 5532 2124
admin@jomjapan.com